suria

Raja Ilya titip nasihat rumah tangga selepas Uqasha Senrose tinggalkan komen emoji sedih

Ilya kongsi kata-kata semangat buat Uqasha.

PELAKON Uqasha Senrose turut meninggalkan komen memberi tanda emoji sedih dalam hantaran yang dimuat naik oleh aktres Raja Ilya berkaitan isu perceraian. 

Membalas kepada komen berkenaan, Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 40, sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk Uqasha supaya terus kuat tatkala berdepan kemelut rumah tangga. 

Kata Ilya, tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah satu nikmat yang sungguh bermakna buat wanita yang sudah berkahwin.

"Saya tahu sekarang rasa semuanya sedang berantakan, dan hati awak sangat berat. 

Uqasha membalas kepada hantaran Ilya di Instagram. 

"Tidak mengapa untuk rasa penat, kecewa, malah rasa hilang. Tetapi jangan pernah ragu... Awak ibu yang luar biasa. 

"Kasih sayang, perhatian dan kesabaran awak berikan kepada anak itu adalah cahaya, ia jauh lebih bermakna daripada apa yang awak sedar," katanya. 

Dalam masa sama Ilya juga turut berkongsi pesan suaminya, Trent Garret tentang kehidupan dalam rumah tangga. 

Baginya setiap cabaran yang dilalui adalah perkara biasa dan tidak seharusnya berakhir dengan perpisahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersabar untuk anak? Ya, kerana dialah saya bertahan selama setahun” - Uqasha Senrose 

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya kongsi pandangan isu cerai, Kamal Adli balas dengan empat emoji berbeza

"Macam Trent selalu kata 'dua menjadi satu bukan suatu yang mudah. Ia mencabar dan ada ketika menghancurkan. Namun itu tidak bermakna semuanya berakhir. 

"Sentiasa ada jalan dengan kejujuran dan kasih sayang. Jangan biarkan kesakitan mengaburi apa yang telah awak bina. Semua orang mendokan kebahagiaan Uqasha," luahnya. 

Komen tersebut juga mendapat maklum balas dalam kalangan pengikut yang juga prihatin selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya iaitu aktor Kamal Adli pada 1 Oktober lalu. 

Uqasha memfailkan cerai terhadap Kamal. 

Sebelum ini Kamal turut meninggalkan empat tanda emoji terhadap hantaran yang dibuat Ilya. 

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain