PELAKON Puteri Balqis berkongsi foto sekitar majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hati dikenali Didi.
Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 18, dipercayai mengikat tali pertunangan bersama Didi pada 12 Ogos lalu selepas pernah mengumumkan berita gembira itu pada awal bulan ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu, Aqish turut berkongsi nukilan surat penuh makna daripada ibunya, Noraskhikin Mohd Aziz.

Nukilan surat daripada ibu Puteri Balqis (kanan) menarik perhatian ramai.
"Surat dari ibuku, Kafziel. 12 Ogos 2025. Andai cinta dan pengorbanan, adalah wasiat terakhir buatmu. Maka berlarilah mengejarnya,belajarlah dari beban yang ditinggalkan oleh rantai waktu.
"Moga kau mampu menggantikan pengkhianatan dengan kesetiaan, moga ukiran sejuta janji diganti seindah sarungan imaginasi.
"Andai kejatuhan dan kegagalan dalah warisan dariku maka peluklah, rawatlah kalbumu," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh jalin hubungan terlarang, Puteri Balqis perjelas status dua jejaka… “Faris ayah tiri, Didi tunang saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kutuk Puteri Balqis selekeh, ‘private’ akaun lepas kena 12 kecaman
Dalam pada itu, Norashikin turut menitipkan doa dan harapan agar anaknya sentiasa kuat menghadapi perjalanan hidup yang penuh cabaran.
"Moga setiap penantian diganti dengan kemenangan, tiada tolok tandingan.
"Moga setiap tangisan, raunganmu di sepertiga malam diganti dengan cinta paling dalam.
"Moga setiap luluh langkah bersaksi hanya langit dan bulan merah, setiap jatuh, gugur tubuhmu berpaksi hanya bumi diganti dengan sahabat sejati sebagai teman penghuni," tambahnya.
Pada 15 Oktober lalu, Aqish tampil menjelaskan status dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.

Puteri Balqis (kanan) dipercayai mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu.
Kata Aqish, lelaki yang dikenali sebagai Faris merupakan bapa tirinya, manakala lelaki bernama Didi adalah tunangnya.
Sebelum itu, ruangan komen di media sosial milik aktres berkenaan dipenuhi pelbagai tuduhan termasuk dakwaan kononnya dia dan ibunya menjalinkan hubungan terlarang sesama ahli keluarga.
Mengulas lebih lanjut, Balqis menyifatkan tuduhan tersebut sebagai kejam terutama setelah apa yang dilaluinya selama ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


