suria

Tiada syarat untuk bakal menantu, Rozita Che Wan yakin pilihan anak... Titip nasihat jadi suami mithali

Majlis pertunangan anak Che Ta berlangsung pada 26 Oktober lalu.

BAKAL menerima menantu sulung tidak lama lagi, pelakon Rozita Che Wan tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk menjadi pasangan hidup anaknya, Ammar Effendy.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 52, berkata dia percaya dalam pemilihan menjadi teman hidup, anak-anaknya lebih mengenali pasangan masing-masing.

"Saya tidak cerewet dalam pemilihan bakal isteri. Yang nak hidup dengan mereka bukan saya. Anak-anak ada pilihan tersendiri.

Che Ta teruja bakal terima menantu.

"Kadang-kadang kita rasa kita kenal anak kita tapi kita hanya kenal luaran. Yang lebih kenal adalah bakal isteri.

"Jadi, saya bagi kebebasan untuk memilih pasangan hidup. Saya sokong saja," katanya.

Che Ta berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TiKTok miliknya pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Che Ta didakwa sudah bertunang, identiti bakal isteri kekal rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Che Ta sah bertunang, kahwin 26 Jun tahun depan... Belum boleh kongsi wajah cinta hati Ammar Effendy

Dia turut menegaskan dirinya bersikap terbuka terhadap bakal menantu, termasuk soal pemakaian tudung.

"Kalau tak pakai tudung pun, perlahan-lahanlah untuk pakai. Macam saya dulu pun tak pakai, bila dah kahwin dengan Zain baru pakai," luahnya.

Dalam pada itu, Che Ta juga menitip pesan buat Ammar agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan baik terhadap isterinya.

Tambah pelakon ini, dia juga kagum dengan keperibadian serta sikap hormat bakal menantunya iaitu Auni Ikhwan. 

Che Ta puji sikap yang dimiliki Auni.

"Jadi suami yang mithali. Suami yang tidak membebankan isteri. Suami yang baik terhadap keluarga isteri, setia dan sentiasa menjaga kebajikan isteri.

"Dia lebih menghormati Ammar. Alhamdulillah, Ammar dapat bakal isteri yang jenis tak kisah dan okay saja. Harap lepas kahwin pun dia macam itu," pesannya.

Pada 26 Oktober lalu, Ammar Effendy Azuar Effendy, 29, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati dikenali Auni Ikhwan,26.

Pasangan itu bakal disatukan pada 26 Jun tahun depan.

Che Ta masih rahsiakan wajah bakal menantu.

Untuk rekod, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy Zulkaply pada 1995 dan berpisah pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Selepas itu, Che Ta berkahwin dengan Zain Saidin pada 2013 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain