suria

[V] Aliff Aziz tidak pernah menghilang, tetap aktif menyanyi... Enggan terus dibayangi kisah lama

MENYEPI selepas berdepan kontroversi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bagaimanapun memberitahu masih aktif dalam bidang seni, khususnya nyanyian.

Aliff, 34, berkata walaupun jarang muncul di televisyen, dia tetap menerima pelbagai undangan persembahan termasuk acara korporat dan majlis perkahwinan.

"Saya masih ulang-alik antara Malaysia dan Singapura. Tawaran nyanyian pun masih ada sama ada untuk majlis korporat atau perkahwinan.

"Kira masih aktif dan sentiasa ada, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Aliff masih lagi aktif menyanyi.

Aliff ditemui ketika sidang media Havoc Trio Festival 2025 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Menolak dakwaan dirinya menghilangkan diri, Aliff menjelaskan dia lebih memilih untuk percaya pada rezeki yang telah ditentukan.

"Saya tak rasa menghilang... cuma lebih percaya kepada rezeki yang telah disusun,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menyepi, Aliff Aziz lepas gian menyanyi di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz reda, doakan kebahagiaan Bella Astillah dan Syed Saddiq 

Tambahnya kehidupan kini lebih tertumpu kepada waktu bersama keluarga selain refleksi untuk diri sendiri. 

Aliff juga tidak mahu kisah yang pernah terjadi sebelum ini terus membayangi dirinya kerana mahu perjalanan kerjaya terus berjalan baik. 

"Daripada terlalu stres memikirkan apa yang bakal berlaku, lebih baik teruskan hidup seperti biasa. Yang penting, setiap hari saya cuba mulakan dengan satu langkah baharu. 

Tawaran nyanyian pun masih ada sama ada untuk majlis korporat atau perkahwinan.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

"Sekarang saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan muhasabah diri juga. Bagi saya, tak perlu cerita panjang tentang apa yang dah berlaku.

"Sekarang fokus saya hanya ke depan. Kita pun dah nak masuk tahun 2026, insya-Allah tak lama lagi dan saya memang nak fokus pada langkah seterusnya,” jelasnya.

Untuk rekod, nama Aliff pernah menjadi bualan hangat apabila ditangkap berkhalwat pada 9 Mac tahun lalu selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Aliff tidak mahu dibayangi kisah silam.

Susulan itu, rumah tangga bersama penyanyi Bella Astillah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Mereka sebelum itu pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain