suria

Linda Hashim kecewa Beego tak hadir di hari penting anak, rugi duit beli tiket

Linda kecewa dengan tindakan Beego.

PELAKON Linda Hashim meluahkan rasa kecewa apabila suaminya, aktor Beego, tidak meluangkan masa untuk menghadiri acara penting anak kedua mereka yang menyertai International Choir Festival.

Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, dia turut menanggung kerugian akibat tindakan suaminya itu.

"Anak masuk International Choir Festival kot! Batang hidung pun tak nampak.

Perkongsian Linda raih perhatian ramai.

"Rugi jelah tiket aku beli! Ulang tahun kawan hari-hari boleh pula," katanya.

Linda berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory yang memaparkan foto dia bersama anak keduanya, Anggun Cassandra.

Selain itu, Linda turut meninggalkan komen rasa kecewanya di ruangan TikTok video permohonan maaf Beego terhadap mereka.

Kata Linda, Beego sering meluangkan masa dengan rakan-rakan tetapi mengabaikan momen bermakna bersama anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim diserang penyondol, minta cepatkan proses cerai... Siap tak sabar nak mulakan hidup baru bersama Beego

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim kesal anak dijadikan ‘senjata’ untuk berdamai

"Pergi goyang boleh saja hari-hari sambut ulang tahun kawan-kawan, datang hari penting anak-anak tak pernah muncul langsung!

"Anak ambil anugerah tiap tahun pun batang hidung tak pernah nampak. Tak rasa rugi ke tak dapat momen ini dengan anak-anak?" luahnya.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan penceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Bagaimanapun proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Beego mohon maaf pada anaknya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain