TIADA lagi rahsia, lelaki dipercayai kekasih pelakon Tiz Zaqyah akhirnya berkongsi foto bersama aktres itu secara terbuka di media sosial.
Individu yang dikenali sebagai Nas Amer itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya memohon orang ramai agar mendoakan segala urusannya bersama Tiz dipermudahkan.
"Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin," katanya.

Tiz (kiri) bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang rata-rata meluahkan rasa teruja serta menitipkan doa buat pasangan berkenaan.
"Semoga dipermudahkan urusan awak dan Tizzy (panggilan Tiz). Saya gembira untuk awak berdua.
"Wah, tahniah semoga dipermudahkan segala urusan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiz Zaqyah dah ada teman istimewa, rancang kahwin tahun depan
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sekadar kawan, Keith Foo tak pernah bercinta dengan Tiz Zaqyah
"Semoga Allah merahmati kalian dengan kebahagiaan hingga ke syurga, tahniah," tulis netizen.
Sebelum ini, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, memaklumkan khabar gembira dia kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya.
Menurut Tiz, dia dan bakal suami masih belum menetapkan sebarang tarikh majlis perkahwinan, namun dijangka akan berlangsung tahun hadapan.
Tambahnya, lelaki itu merupakan kenalan lama yang dikenalinya sejak kecil dan adik kepada seorang pelakon tempatan.
Menerusi permerhatian, lelaki berkenaan ada kaitan keluarga dengan pelakon NasT.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


