PELAKON Amerul Affendi menjadi perhatian netizen apabila namanya disebut-sebut sebagai individu yang lebih sesuai membawakan watak Sultan Mansur dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu.Ia susulan segelintir netizen berpendapat wajah Amerul, 39, lebih menepati karakter Melayu berbanding pelakon Aliff Aziz yang dipilih untuk membawakan watak tersebut. Bagaimanapun, Amerul berkata, dia terkejut dengan pandangan berkenaan kerana netizen tidak mengetahui tuntutan sebenar watak Sultan Mansur.Amerul sudah mulakan latihan sebagai Shahbandar untuk teater muzikal Mansur & Liu."Macam mana orang di luar boleh tahu watak Sultan Mansur lebih sesuai dengan saya sedangkan mereka tidak baca skrip dan tidak tahu keperluan yang dituntut watak itu?"Saya tidak sesuai untuk watak itu. Walaupun ramai kata muka saya Melayu dan memang ada ciri Kemelayuan, tetapi kena ingat, boleh menyanyi dengan sempurna atau tidak?" katanya kepada mStar.Tambah Amerul, dia turut merasakan dirinya tidak mempunyai karisma yang diperlukan untuk melakonkan watak seorang raja.Malah proses untuk mencari pelakon yang sesuai membawa watak Sultan Mansur sangat sukar sehingga mengambil masa kira-kira dua bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Ladang kerbau Amerul Affendi semakin maju, sudah mampu upah pekerjaARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi lega luahan didengari, bimbang tayangan ‘6 Jilake’ ditarik"Ada karisma seperti seorang raja atau tidak? Muka macam saya ini ada ke macam raja-raja? Tak ada, kan?"Jadi Aliff Aziz paling tepat. Ada calon lain tetapi jadual kerja tidak sesuai, dari segi nyanyian pula tidak menepati apa yang dimahukan Datuk M. Nasir."Jadi ketika itu Aliff yang ada dan semuanya sudah takdir Allah tentukan," jelasnya.Dalam pada itu, Amerul menyifatkan pujian dan sanjungan netizen terhadap dirinya sebagai satu ujian daripada Allah. Cikgu saya selalu pesan supaya saya sedar diri dan tahu ruang.AMERUL AFFENDIPELAKONNamun dia sentiasa berpegang teguh kepada pesanan gurunya agar sentiasa sedar diri dan tidak termakan dengan kata-kata netizen."Bagi saya, perkara itu hanya ujian daripada Allah untuk tengok saya riak atau tidak, tergoda atau tidak dengan pujian itu."Tetapi saya jenis yang sejak zaman belajar lagi, cikgu saya selalu pesan supaya saya sedar diri dan tahu ruang. Jadi saya sedar diri sama ada saya sesuai atau tidak. "Kalau tidak sesuai, jangan ambil walaupun ramai orang kata mereka mahu saya bawa watak itu, nanti nampak buruk. Lebih baik jangan. Itu pesan cikgu saya," katanya lagi.Mansur & Liu arahan pertama Datuk M. Nasir sebagai pengarah teater.Sementara itu, Amerul turut meminta orang ramai melihat Aliff Aziz daripada sudut bakat dan profesionalisme tanpa mencampuradukkan hal peribadi."Bakat yang Allah beri kepada dia, apa yang ada pada dia memang istimewa. Kita tidak pernah tengok sisi yang ini. Boleh dikatakan ini adalah comeback dia."Peribadi adalah hal peribadi, tetapi kerja dia memang jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Saya dapat lihat perkara itu. Apa yang Allah beri kepada dia memang ajaib," ujarnya.Sebelum ini, nama Amerul menjadi sebutan selepas pengarah teater berkenaan iaitu Datuk M.Nasir mengumumkan barisan pelakon teater muzikal Mansur & Liu.Selain Amerul dan Aliff, teater itu turut dibintangi oleh Sherry Alhadad, Hazama dan Brian Chan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube