VOKALIS kumpulan OAG, Radhi mendedahkan dia kini dalam fasa sedang mengenali hati budi seseorang. Bagaimanapun Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 49, enggan meletakkan sebarang tekanan memandangkan dia sudah melalui fasa perceraian sebanyak dua kali. "Dah kenal lama dah cuma tak letak tekanan itu. Yang penting kita nak dapatkan sakinah (ketenangan) itu dululah.Radhi berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Kalau tak ada sakinah pun tak ada gunanya sebab ini perkahwinan ketiga. Yang mawaddah wa rahmah itu lepas kahwinlah, sakinah itu yang pertama."Saya kena tengok dari segi boleh ke terima anak-anak saya? Anak-anak saya boleh terima mereka ke tak? Saya pun kena fikir boleh ke saya mengendalikannya untuk kali ketiga ini," katanya kepada mStar di sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 di Odeon, Kuala Lumpur pada Rabu.Mengulas lanjut mengenai wanita berkenaan, Radhi mendedahkan insan yang sedang rapat dengannya itu sebenarnya sudah lama dikenali oleh ahli keluarga malah sangat disayangi oleh arwah ibunya sewaktu masih hidup.ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan pukul bekas isteri, Radhi OAG lega pandangan wanita mula berubahARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas jentik hati Radhi OAG berhenti vape - “Dulu makan asap, sekarang makan selawat”Menurut Radhi, restu dan kasih sayang yang pernah ditunjukkan oleh arwah ibunya terhadap wanita tersebut menjadi antara sebab utama hubungan mereka kekal istimewa sehingga ke hari ini."Senang ceritalah, dia disayangi oleh arwah ibu saya. Bila ibu saya dah meninggal, dia kira orang terakhir yang ibu saya suka dan sayang."Anak-anak saya pun memang kenal dia sebab kenal dari kecil. Tapi buat masa ini saya dengan dia cuma kawan. Ada juga kenal yang lain-lain, cuma yang lain itu tak sampai ke tahap seperti dia," jelasnya.Radhi tidak tergesa-gesa untuk berkahwin. Ditanya mengenai perancangan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, Radhi tidak meletakkan sebarang tempoh masa khusus sebaliknya menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada ketentuan takdir."Tak adalah terdekat, mungkin terdekat ataupun tidak. Benda ini Allah punya kerja."Perbincangan ke arah itu ada tapi tak ada tekanan.Benda ini tak tunggu masa, bila saya nak atau tak nak sahaja untuk pergi jumpa mak bapak dia, itu sahaja," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube