suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fareez Fauzi sekat dan beri amaran, hilang sabar diganggu mesej pelik golongan gay... “Mungkin mereka ingat saya diam dan layankan sahaja“

Fareez tidak berdiam apabila menerima mesej yang keterlaluan.

PELAKON dan penyanyi Fareez Fauzi tidak dapat menahan sabar dan bertindak untuk sengaja berkongsi mesej daripada seorang individu kerana dianggap keterlaluan.

Enggan terus berdiam, bagi Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 29, pendedahan tersebut juga sebagai satu bentuk amaran kepada golongan yang menyukai sesama jantina agar tidak terus mengganggunya.

"Saya kongsi sebab dah geram sangat. Ada beberapa mesej macam itu. Mungkin mereka ingat saya diam dan layankan sahaja," katanya kepada mStar

Fareez berkongsi mesej yang diterima. 

Fareez sebelum itu memuat naik satu tangkap layar perbualan bersama seorang lelaki yang bertanya tentang latihan Muay Thai dan tinju kendaliannya.

Bagaimanapun, mesej tersebut dianggapnya keterlaluan apabila individu berkenaan memuji wajah tampannya selain meluahkan rasa tertarik terhadap Fareez.

Tegas pelakon ini, dia akan terus menyekat mana-mana mesej pelik yang bukan bertujuan untuk mendapatkan khidmat latihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan hasil kegigihan! Fareez, Imranul juara All Star Championship 

ARTIKEL BERKAITAN: Minat dalam industri seni tidak pernah pudar, Fareez Fauzi terbuka untuk peluang baharu

"Saya akan terus block kalau rasa mesej itu semakin pelik. Kalau dilayan, akan jadi semakin teruk.

"Saya mula dapat mesej begitu selepas berkongsi tentang latihan kelas Muay Thai, tetapi tak sangka pula ada yang ambil kesempatan untuk hantar mesej pelik," ujarnya.

Selain kerjaya lakoan, Fareez juga aktif dalam sukan seni mempertahankan diri. 

Fareez kini aktif sebagai pelatih peribadi untuk kelas kecergasan, latihan Muay Thai dan tinju yang beroperasi di Kajang, Selangor.

Sebelum ini, Fareez juga pernah menyertai satu kejohanan tinju dan bergelar juara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain