AKTIF dalam dunia seni mempertahankan diri tidak memadamkan impian penyanyi dan pelakon Fareez Fauzi untuk terus bersinar dalam industri hiburan.
Kata Fareez Hazwan Fauzi, 28, minatnya terhadap dunia seni tidak akan pernah pudar sama sekali.
"Minat dengan industri seni memang takkan pernah hilang dalam diri saya.

Fareez tak pernah lupakan impian bergelar artis yang berjaya.
"Saya bermula dan dikenali pun melalui nyanyian, takkan saya nak buang begitu sahaja.
"Sayanglah jika saya tinggalkan, tapi apapun rezeki Allah yang tentukan," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Fareez mengakui dia baru sahaja menamatkan kontrak bersama syarikat rakaman, FMC dan terbuka untuk peluang baharu dalam industri muzik.
Jelasnya, dia akan mengambil apa sahaja peluang yang ada demi mencari rezeki untuk keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan hasil kegigihan! Fareez, Imranul juara All Star Championship
ARTIKEL BERKAITAN:Sampai berbirat badan Fareez Fauzi kena pukul, Noorkhiriah minta maaf tak sangka getah paip ‘berbisa’
"Saya baru habis kontrak dengan FMC dan terbuka jika ada label lain nak melamar saya," jelasnya.
Selain nyanyian, Fareez kini menumpukan perhatian kepada seni mempertahankan diri yang juga menjadi minat dan hobinya pada masa lapang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


