FILEM terbitan Nads Media Entertainment, Babah diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Babah berjaya menewaskan empat lagi saingan lain iaitu Blood Brothers: Bara Naga, Reversi, Takluk: Lahad Datu dan Soloz: Game of Life.
Kemenangan itu melayakkan filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim itu menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta.

Babah memenangi Filem Terbaik FFM34.
Shah Faizul juga diumumkan sebagai pemenang kategori Pengarah Harapan Terbaik.
Tidak hanya itu, Babah juga menyapu bersih tiga lagi trofi 'hangat' iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik ( Sweet Qismina) Cerita Asal Terbaik (Nadia Nadzri) dan Lakon Layar Terbaik (Wan Rafiq).
Anugerah Pengarah Terbaik pula dimenangi oleh pengarah bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra menerusi filem Blood Brothers:Bara Naga manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diberikan kepada Ellie Suriaty (Telaga Suriram).
Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, FFM34 mencipta kejutan apabila menobatkan dua pemenang iaitu Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga.
ARTIKEL BERKAITAN: Saingan sengit, siapa bakal genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34?
ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali, Sweet Qismina genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34 menerusi filem Babah
Pelakon Kanak-kanak Terbaik pula dimenangi oleh Puteri Rafasya menerusi filem Telaga Suriram.
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Harapan menjadi milik Michelle Lungan (Tegkang),
Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Amir Ahnaf, Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik (Defenderz Action Team) , Sinemaografi Terbaik (Nicholas Chin), Kesan Khas Visual Terbaik (Jehcob & Sam) dan Penataan bunyi Terbaik (Mohsin Othman & Technica Studios).
Sementara itu, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar menerima pengiktirafan Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang membawa pulang hadiah wang tunai serta trofi.

Amir (kiri) pemenang kategori Pelakon Lelaki Harapan FFM34.
Bagi Anugerah Khas Juri 1 dan 2 diberikan kepada filem Ejen Ali The Movie 2 dan Takluk: Lahad Datu manakala Anugerah Khas Karyawan menjadi milik Hassan Muthalib.
Pemenang kesemua 27 kategori dipertandingkan itu menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas akan menerima RM10,000 beserta trofi.
Dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim, FFM34 bersiaran secara langsung di TV2.
FFM34 turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Shila Amzah, Zizi Kirana, Noki, Azlan Typewriter dan Misha Omar.
Berikut senarai pemenang FFM34:
Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)
Pengarah Harapan: Shah Faizal (Babah)
Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)
Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)
Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)
Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
Anugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movie 2
Anugerah Khas Juri 2: Takluk: Lahad Datu
Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar
Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)
Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life
Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)
Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life
Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
Poster Terbaik: Arst (Tegkang)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
Tatarias/Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu
Filem Pendek Terbaik: Rastech Worldwide Sdn Bhd (Saranghae)
Dokumentari Terbaik: Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


