suria

Saingan sengit, siapa bakal genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34?

Nabila, Sweet, Sharnaaz dan Beto antara pelakon yang berebut trofi.

SETIAP kali penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), debarannya bukan sekadar pada Filem Terbaik tetapi pada siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Kedua-dua kategori itu ibarat medan membuktikan kehebatan sebenar anak seni dalam menghidupkan watak serta meninggalkan kesan di hati penonton. 

Ia bukan sekadar anugerah, tetapi simbol pengiktirafan tertinggi terhadap perjalanan dan pengorbanan mereka di layar perak.

Edisi FFM ke-34 tahun ini menyaksikan barisan calon yang cukup kuat, mewakili pelbagai genre dan emosi sekali gus menjadikan pentas FFM34 antara yang paling sengit dalam sejarah penganjurannya.

Senarai pelakon lelaki terbaik FFM34.

Hal ini menjadikan penilaian juri semakin mencabar apabila setiap persembahan menampilkan kekuatan tersendiri dari sudut teknikal dan penghayatan.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, lima calon utama ialah Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi), Qi Razali (Babah), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee) apabila masing-masing membawa keunikan dan lapisan lakonan berbeza.

Sharnaaz dilihat mempunyai momentum besar hasil kejayaan Blood Brothers: Bara Naga yang mencatat kutipan lebih RM76 juta. Watak yang menuntut kekuatan fizikal dan emosi itu menyaksikan aktir bertubuh sasa itu kuat penghayatannya dan disiplin dalam setiap babak, menjadikan namanya di barisan hadapan bukan hanya kerana populariti, tetapi juga mutu persembahan.

Namun, dari sudut tafsiran artistik, Beto muncul sebagai pencabar utama yang berpotensi mencipta kejutan. Melalui Reversi, Beto membuktikan keberanian keluar dari zon selesa dan memperlihatkan sisi lakonan yang tenang di luar tetapi bergolak di dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan Soloz, siapa bakal rangkul Filem Terbaik FFM34?

ARTIKEL BERKAITAN: Blood Brothers: Bara Naga raih 13 pencalonan di FFM34

Kritikus menggambarkan persembahannya sebagai halus, mendalam dan jujur sekali gus menandakan kematangan seorang pelakon sejati.

Sementara itu, Qi menerusi Babah membawa kejujuran dan kelembutan yang menyentuh hati. Membawakan watak seorang ayah bermasalah pendengaran, Qi berjaya memikat dengan keikhlasan emosi yang tidak dibuat-buat.

Aeril pula menampilkan sisi gelap dan penuh intensiti dalam Laknat, manakala Tony Eusoff memberi penghormatan kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui Mencari Ramlee, dengan gaya lakonan penuh karisma dan nostalgik.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik turut menyaksikan pertarungan sengit antara nama besar dan generasi baharu iaitu Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Sweet Qismina (Babah), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).

Senarai pelakon wanita terbaik FFM34.

Nabila atau lebh mesra disapa Abil tampil berani tanpa dialog menerusi Telaga Suriram Peranannya sarat dengan konflik antara ketakutan, dendam dan kelembutan menjadikan persembahannya antara yang paling diingati tahun ini.

Tidak ketinggalan, Sofia menyerlah dengan kelas tersendiri melalui Mencari Ramlee. Membawa watak Zaiton, lakonannya penuh nuansa, simbolik dan halus hingga berjaya menghidupkan nostalgia terhadap pesona seni lakon klasik.

Sementara itu, Sweet Qismina menghadirkan sentuhan jujur dan lembut dalam Babah. Walau masih muda, kematangannya dalam mengimbangi emosi hubungan anak dan bapa memberi kesan mendalam.

Persaingan sengit merebut trofi pelakon terbaik.

Khatijah Tan pula mempamerkan kekuatan karakter dalam genre seram, manakala Maya Karin mengekalkan reputasi sebagai pelakon versatil yang mampu menjiwai watak dengan gaya dramatik bersahaja.

Daripada keseluruhan pemerhatian, kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik FFM34 jelas memperlihatkan tahap kematangan industri perfileman tempatan yang semakin meningkat.

Jika juri mengutamakan keberanian artistik, nama seperti Beto dan Sofia mungkin berada di hadapan. Namun, jika penghayatan emosi dan kesan terhadap penonton menjadi ukuran, Sharnaaz dan Nabila mempunyai pelu…

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain