suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Razak lebih waspada, pelajari budaya orang Borneo...“Gurauan saya buat di Semenanjung mungkin menjadi isu di sana“

Zizan sentiasa mendalami setiap tugas yang diberikan sebagai pengacara.

SEDAR tugas sebagai pengacara TV semakin menjadi perhatian ramai kebelakangan ini, pelakon Zizan Razak berjanji akan lebih berhati-hati apabila mengendalikan program terbaharu, Borneo Rising.

Malah, Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, turut mengambil langkah proaktif mempelajari budaya masyarakat di Sabah memandangkan program berkenaan akan bersiaran secara langsung di ITCC Mall, Penampang.

"Hari ini kita tahu orang boleh menilai, terutama di media sosial. Sebagai pengacara, saya akan lebih berhati-hati.

Zizan sedar penonton kini lebih terbuka berkongsi pendapat di media sosial. 

"Saya tak tahu budaya mereka di sana, jadi saya nasihatkan diri untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Kadangkala gurauan saya buat di Semenanjung mungkin menjadi isu sensitif di sana," katanya.

Zizan ditemui ketika sidang media memperkenalkan program Borneo Rising di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Berkongsi pandangan mengenai bidang pengacaraan, Zizan berpendapat sikap menghakimi seorang pengacara baharu yang bergandingan dengan hos lebih berpengalaman tidak seharusnya wujud.

ARTIKEL BERKAITAN: “Renyah sebenarnya“ - Zizan Razak akui rimas bermisai, stres tak boleh memandu 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen minta maaf susulan isu foto Zizan Razak jadi bahan gurauan tapi... “Bila ada yang edit saya jadi perempuan, itu ada batasnya“

"Ia bukan tentang senior atau junior. Ia tentang pengalaman dan kemahiran. Nak cakap lebih pun tak boleh sebab saya pernah buat silap dan bukannya terus pandai.

"Kalau rasa baru, belajar. Kalau rasa masih mentah, bertanya. Janganlah buat-buat pandai. Jika ada peluang kerja dengan pengacara lama, belajarlah. Yang lama pun janganlah kedekut ilmu.

Sherry (paling kiri) dan Zizan sebagai hos Borneo Rising, manakala Marsha (dua, kiri) dan Noh pula selaku juri. 

"Apa yang penting, jangan ada perasaan dengki. Jangan ada niat untuk tenggelamkan orang lain. Kita bekerja untuk menjayakan program dan bukan diri sendiri. Kalau ada niat nak serlahkan diri, itu bermakna saya sedang 'bunuh diri'," ujarnya.

Borneo Rising yang bakal bersiaran pada 6 September depan turut menampilkan Sherry Alhadad sebagai pengacara bersama.

Sementara itu penyanyi Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah pula bertindak sebagai juri sepanjang lapan minggu program bersiaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain