PELAKON Zainol MacWilson memuji sikap matang anak perempuannya, Zahirah MacWilson dan menantu, Aiman Hakim Ridza yang memilih untuk tidak memperbesarkan kemelut keluarga meraka di media sosial. Zainol, 67, mendedahkan dia memuji tindakan anak dan menantunya yang bijak mengawal keadaan serta menasihati dirinya supaya tidak terikut-ikut emosi atau membalas provokasi daripada bekas isterinya, Maslinda Yusoff. "Saya pun tidak bersuara, buat bodoh sahaja dengan maknya (janda saya). Biar maknya meroyan. Ayah mana yang tak sayang anak.Komen balas Zainol di Tiktok. "Turut bangga dengan sikap anak saya yang telah menasihati saya tempoh hari agar tidak 'menyalak' kembali, dan lantas saya mendengar cakap anak serta menantu."Bijak sekali sikap kakak (Zahirah) dan Aiman. Syabas untuk anda berdua. Jauhi orang-orang yang toksik. Allah lebih Maha Mengetahui yang sebenar," katanya menerusi ruangan komen. Kenyataan itu dibuat Zainol menerusi ruangan komen bagi membalas pujian seorang netizen yang kagum dengan sikap Zahirah yang dikatakan bebas daripada sebarang kontroversi murahan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada terfikir tolak tawaran atau tangguh bertudung“ - Zahirah MacWilson akui pernah ’diuji’ ketika awal berhijabARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Zahirah MacWilson bertudung di Bali, belum ada kenyataan rasmi"Artis tidak ada kontroversi bukan-bukan. Mak dia bising macam-macam pun, dia diam sahaja. Tahu-tahu pakai tudung.Sebelum ini, Maslinda Yusoff pernah mencuri perhatian ramai di media sosial apabila secara terbuka memuat naik hantaran mendakwa hubungannya bersama Zahirah semakin renggang sejak Ogos 2024.Menerusi hantaran berkenaan, Maslinda mendakwa pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan telah dilakukan termasuk mendapatkan khidmat perantara namun tidak disambut baik.Zahirah kini pernampilan baharu dengan mengenakan hijab. "Sudah berkali-kali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur untuk cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan secara peribadi serta mendapatkan bantuan ustaz sebagai orang tengah, namun tidak diterima."Sudah lama saya berdiam diri dan bersabar, tetapi apabila dia menghantar mesej kepada saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan serta menyakitkan hati, kesabaran saya terus hilang," dakwanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube