suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada terfikir tolak tawaran atau tangguh bertudung“ - Zahirah MacWilson akui pernah ’diuji’ ketika awal berhijab

Zahirah baru mencuba berhijab.

PENAMPILAN terbaharu pelakon Zahiran MacWilson yang kini mula berhijab mencuri tumpuan ramai selepas dia memuat naik gambar menutup aurat. 

Tampil berkongsi tentang perubahan itu, Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, memberitahu dia kini masih lagi dalam proses memperbaiki diri ke arah arah lebih baik. 

Kata pelakon ini, dia sudah mula mengenakan hijab sekitar dua bulan lalu namun tidak berkongsi secara terbuka kepada orang ramai. 

Zahirah dedah mula bertudung sejak dua bulan lalu.

“Niat nak pakai tudung dah ada sejak tahun lalu. Saya mula pakai tudung sekitar dua bulan lepas. Mula-mula sekadar suka-suka namun akhirnya kekal. 

“Saya masih orang yang sama. Saya masih lagi mencuba,” katanya. 

Zahirah ditemui ketika sesi temu bual drama terbaharu lakonannya berjudul Sumpah Ayahku yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Ditanya tentang detik yang membuka hatinya untuk berhijab, pelakon ini menjelaskan dia belum bersedia untuk berkongsi lanjut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Zahirah MacWilson bertudung di Bali, belum ada kenyataan rasmi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak adil label artis sombong, Zahirah Macwilson mesra layan peminat

Malah dia juga sedia untuk menceritakan secara terperinci tentang perjalanan perubahannya ini apabila tiba masa sesuai. 

“Untuk sekarang saya belum sedia nak cerita tentang perjalanan ini. Memang saya nak kongsikan, tapi tunggu masa sesuai,” ujarnya.

Zahirah akan kongsi lebih terperinci kisah penghijrahannya apabila tiba masa sesuai.

Sementara itu bercakap tentang tawaran dan watak dalam lakonan, Zahirah memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja selepas memaklumkan kepada pihak produksi mengenai penampilan terbaharunya itu. 

Malah, akuinya dia pernah terfikir untuk menangguhkan niat memakai tudung kerana tawaran yang diterima. 

“Sebelum saya terbuka berkongsi tentang penampilan ini ada banyak tawaran yang datang. Sebagai manusia ada juga terfikir nak tolak tawaran atau tangguh niat bertudung. 

“Tetapi apabila sudah betul berhijab, saya terpaksa tolak beberapa tawaran. Sentiasa percaya pada rezeki. Kalau bukan untuk saya, ia untuk orang lain,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain