KEMBALI aktif dalam dunia seni, pelakon Intan Ladyana memberitahu dia masih menetapkan beberapa batasan agar tidak mengganggu komitmen terhadap urusan keluarga.Bagi Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, pengurusan masa harus diatur dengan baik agar tanggungjawab memguruskan anak-anak tidak terabai. Malah, dia bersama suaminya, aktor Harris Alif sudah meletakkan syarat tertentu antara mereka berdua dalam menerima tawaran kerja. Intan dan suaminya Harris tetapkan syarat bergilir terima tawaran lakonan demi anak-anak.“Saya dan Harris dah buat perjanjian. Kalau seorang bekerja, seorang lagi mesti ada di rumah. Jika dia terlibat dengan penggambaran, saya akan tolak tawaran kerja. “Tak boleh nak harapkan pembantu sepenuhnya. Bukan tidak percaya, cuma perlu bersedia jika ada kecemasan berlaku,” katanya. Intan ditemui ketika sesi temu bual drama terbaharu lakonannya berjudul Sumpah Ayahku yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Salah tetap salah! Intan Ladyana nasihat suami jaga batas walau hanya ‘curang’ dalam permainan videoARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif tenangkan Intan Ladyana, isteri menangis anak sulung dah masuk tadikaTambah pelakon ini dia tidak juga tidak mahu terlepas momen menyaksikan proses anak-anak membesar. Intan juga akan memastiakan dia tidak akan berjauhan daripada anak-anaknya untuk tempoh yang lama. “Jika ada penggambaran yang jauh sedikit saya akan tetap balik rumah. Tak boleh rasanya berjauhan dengan anak-anak.“Kalau penggambaran di luar Kuala Lumpur, saya akan bawa anak-anak bersama,” ujarnya. Intan sanggup bawa anak-anak ke lokasi jika penggambaran jauh.Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Harris pada 5 Februari 2021.Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 4, dan Harris Umayr, 2 tahun. Selain Intan, drama Sumpah Ayahku turut menampilkan Faizal Hussein, Aiman Hakim Ridza, Shahz Jazle dan Zahirah MacWilson.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube