suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Rusli sindir netizen hanya berani di media sosial - “Goyang ke cakap depan-depan?“

Haqiem Rusli menegur sikap segelintir yang suka menjatuhkan orang lain.

PENYANYI Haqiem Rusli menyindir tindakan golongan pembenci yang disifatkan hanya berani meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial sahaja.

Menerusi hantaran di Threads, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata, golongan itu bagaimanapun tidak akan bersuara jika bersemuka secara berdepan.

“Walau bagaimanapun begitulah hidup, tapi percayalah pembenci hanya berani di belakang skrin sahaja.

“Bersua muka, diam seribu bahasa seperti 'tergantung sepi'. Goyang ke cakap depan-depan? Baru ada cabaran,” ujarnya.

Haqiem harap industri seni menyokong satu sama lain. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini turut kecewa dengan segelintir rakan penggiat seni yang bersikap kurang menyokong, malah menjatuhkan rakan seperjuangan.

Haqiem berkata anak seni sepatutnya meraikan kejayaan bersama demi memajukan industri hiburan dan bukannya saling berhasad dengki.

“Sepatutnya berada dalam industri muzik tanah air yang sama saling menyokong antara satu sama lain. Akan tetapi berbeza sekarang dan makin parah, sedih.

“Tumpang gembira atas kejayaan orang lain. Jika tidak suka, berdiam diri dan teruskan hidup,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Revolusi Haqiem Rusli, isteri beri galakan tukar imej... Kisah Michael Jackson jadi inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bertahun jadi artis, baru sekarang Haqiem Rusli beli mikrofon sendiri... Isteri beri nama ‘Mochiko’

Haqiem turut mengingatkan orang ramai mahupun rakan industri supaya lebih berhati-hati sebelum melemparkan sebarang kenyataan berbaur kecaman.

Jelasnya, setiap kata-kata negatif yang dikeluarkan boleh memberi impak buruk terhadap kesihatan mental seseorang individu tanpa disedari.

Haqiem minta orang ramai berfikir juga sebelum membuat hantaran berbaur kecaman. 

“Anda tidak akan tahu, kadang-kadang setiap perkataan anda memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang dan buat dia rasa tersakiti.

“Sebab itu, cakap sahaja benda yang baik, susah ke?” tambahnya.

Sebelum ini, selepas malam Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) berlangsung pada malam Sabtu, beberapa finalis dikecam netizen dan rakan industri gara-gara dikatakan persembahan mereka yang kurang memuaskan dan terlalu berlebihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain