PENGACARA dan pelakon Izzue Islam berpendapat bahawa penyediaan garis panduan khusus untuk pengacara televisyen adalah penting bagi memastikan setiap individu yang mengendalikan sesebuah program memahami batas perlakuan mereka sewaktu berada di atas pentas.Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36 berkata, panduan tersebut boleh menjadi rujukan utama agar pengacara tidak melampaui batas sehingga menyentuh isu-isu sensitif sehingga menyinggung perasaan pelbagai pihak. “Ini pendapat peribadi saya, garis panduan itu kena ada sebab baru kita tahu tahap mana yang kita boleh pergi.Izzue harap garis panduan itu menitikberatkan mengenai sensitiviti masyarakat. “Tugas pengacara ini adalah untuk mengendalikan program. Jadi, saya setuju kena ada garis panduan tetapi perlu mengikut kesesuaian program itu sendiri,” katanya kepada mStar.Bagaimanapun, Izzue menjelaskan penetapan garis panduan berkenaan tidak seharusnya digariskan terlalu ketat sehingga menjejaskan kelancaran dan elemen hiburan dalam sesebuah pementasan atau siaran langsung.Jelasnya, penonton masih dahagakan gurauan serta usikan mesra, namun perkara tersebut perlu dikawal secara berhemah tanpa berniat untuk merendah-rendahkan sesiapa.ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam tak kisah dikritik, harap lagu raya diraikan bukan dibandingARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam ‘join’ komuniti Harley Davidson, sambar Street Glide cecah RM200,000“Kadang-kadang kalau kita terlalu mengikut garis panduan, takut sesuatu program itu menjadi mendatar. Sebab penonton tetap mahukan jenaka atau gurauan yang mereka boleh terima. Tapi jangan sentuh isu sensitif.“Pihak penerbit biasanya memang akan mengingatkan kita supaya 'tone down' jika terlebih seloroh. Namun kita ini manusia biasa yang kadang-kadang terlepas cakap apabila suasana tengah 'hype'.“Bila gurauan dibuat tak kena tempat, bagi saya terus mengaku salah sahaja dan jangan ulang lagi,” ujarnya.Izzue sentiasa profesional ketika mengacara majlis. Disoal mengenai perbezaan penerimaan jenaka mengikut generasi, Izzue menyifatkan tugas mengendalikan acara masa kini lebih mencabar kerana perlu menyusun kandungan yang sesuai untuk segenap lapisan umur.“Penonton kita ada orang lama dan ada generasi baharu. Kalau guna jenaka lama, mungkin orang lama boleh faham. Kalau guna lawak baharu, hanya generasi sekarang pula boleh faham.“Itulah cabaran sebenar pengacara. kena seimbangkan untuk semua generasi. Cuma apa-apa pun memang kena tapis dahulu sebab orang sekarang memang sensitif,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube