suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan

Syed Saddiq dan Bella umum tarikh perkahwinan mereka.

TEKA-TEKI tarikh hari bahagia penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama tunangnya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab. 

Muncul sebagai tetamu dalam rancangan Meletop pada malam Selesa, pesangan ini mengumumkan mereka bakal bernikah pada 10 Oktober depan. 

"Saya dengan Bella  Astillah nak buat pengumuman...," ujar Syed Saddiq. 

Bella dan Syed Saddiq bakal berkahwinan pada Oktober ini. 

Pengumuman tarikh tersebut disampaikan menerusi satu paparan video yang tertera 10 Oktober 2026. 

Berita gembira itu disambut dengan sorakan gemuruh peminat mereka yang hadir ke studio ketika rancangan tersebut bersiaran. 

Turut hadir menyaksikan pengumuman itu adalah ibu bapa pasangan berkenaan serta ahli keluarga terdekat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pecah rekod peribadi, gigih tamatkan larian demi Syed Saddiq... Rakan siap bawa bunga manggar!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah lega, sejak awal yakin Syed Saddiq tak bersalah... “Dia sangat jujur, baik dan amanah”

Syed Saddiq juga berkongsi majlis pernikahan mereka akan bertemakan warna putih dan konsep Arab. 

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi dan pertanyaan ramai yang ternanti-nanti majlis pernikahan pasangan ini. 

Untuk rekod, Bella  atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq, 34, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. 

Bella mempunyai dua cahaya mata. 

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Mereka bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden,9, dan Ara, 6 tahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain