SEBAGAI seorang suami, pelakon Aiman Hakim Ridza sentiasa memberi sokongan penuh terhadap penampilan terbaharu isterinya, Zahirah MacWilson yang kini mula berhijab.Bukan sekadar dari sudut penampilan, bagi Aiman, 37, soal niat dan proses penghijrahan Zahirah juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. "Dia masih dalam proses mencuba. Bukan soal pemakaian itu penting, kena faham apa yang lebih utama di sebalik berhijab."Berhijab adalah untuk meningkatkan diri, bukan menutup aurat semata-mata," katanya.Aiman bangga melihat penampilan terbaharu Zahirah. Aiman ditemui ketika sesi temu bual drama terbaharu lakonannya berjudul Sumpah Ayahku yang turut menampilkan Zahirah sebagai salah seorang pelakon utama.Bercakap lanjut, pelakon ini turut menekankan beberapa perkara penting kepada isterinya dalam soal membentuk keperibadian.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada terfikir tolak tawaran atau tangguh bertudung“ - Zahirah MacWilson akui pernah ’diuji’ ketika awal berhijab ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Zahirah MacWilson bertudung di Bali, belum ada kenyataan rasmi"Mestilah dia ada beritahu nak bertudung. Dia banyak bertanya juga. Saya selalu tekankan apa yang penting adalah keperibadian."Kena faham isi kandungan sebagai seorang Muslim. Kalau pakai tudung tetapi tidak beradab, tiada guna juga," ujarnya.Penampilan Zahirah mendapat pujian ramai. Zahirah dalam temu bual sama memberitahu dia mula berhijab sejak dua bulan lalu, namun belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai proses penghijrahannya itu.Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Isaac Raees, 5, dan Inara Raisa, 2.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube