suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Shukri Yahaya mohon maaf isu gambar isyarat jari tengah

PELAKON Shukri Yahaya tampil memohon maaf berhubung dirinya menunjukkan isyarat jari tengah semasa bergambar bersama rakan-rakan selebriti sebelum ini.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 38, mengakui kekhilafan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan kasar atau nakal bersama rakan-rakannya yang sudah lama tidak bertemu.

“Bagi saya, itu sekadar gurauan nakal bersama kawan-kawan rapat yang sudah lama tidak jumpa selepas disatukan dalam satu projek yang sama. 

“Apabila rakan saya iaitu Andy Teh minta izin mahu muat naik gambar itu, saya benarkan sahaja sebab tidak anggap benda itu serius.

Shukri berkongsi perkara itu ketuka ditemui media. 

“Tetapi apabila ada pihak mula membesarkan perkara ini dan orang ramai kurang selesa, saya terus minta Andy untuk padam hantaran berkenaan. Walaupun sudah dipadam, isu ini masih terus diperkatakan.

“Apa-apa pun, saya akui itu memang kesalahan saya dan saya memohon maaf,” katanya kepada mStar.

Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala Filem Chelot di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Shukri turut menyuarakan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang terlalu membesarkan isu tersebut atas alasan bimbang akan merosakkan akhlak dan menjadi ikutan anak-anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi babak pegang tangan wanita, Shukri Yahaya jaga hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Shukri Yahaya tiada respons, foto tunjuk isyarat jari lucah cetus perbalahan di media sosial

“Media sosial saya ini diikuti oleh orang-orang yang matang, yang boleh berfikir mana baik dan mana buruk. Kenapa benda ini perlu dibesarkan kononnya takut anak-anak terikut?

“Daripada sibuk menegur atau mencari kesalahan orang yang jauh, lebih baik perhatikan kesalahan di sekeliling. Kalau betul takut anak-anak terikut benda tidak elok, kenapa benarkan mereka main media sosial? Kan mereka masih budak-budak?

“Daripada risaukan akhlak budak-budak disebabkan hantaran orang lain, lebih baik risaukan apa yang anak-anak itu tonton dan main di rumah. Perhatikan benda itu,” ujarnya. 

Tindakan Shukri mendapat kritikan netizen. 

Dalam pada itu, Shukri turut meminta orang ramai  tidak mengaitkan isu berkenaan dengan keperibadian isterinya mahupun kehidupan peribadi kerluarganya.

Jelasnya, tindakan tersebut langsung tidak mencerminkan perihal rumah tangga atau profesionalisme kerjayanya.

“Dah kenapa nak libatkan isteri saya pula? Saya tidak pernah campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerja mahupun akaun media sosial saya.

“Macam yang saya ulang, itu hanyalah hantaran bersama kawan-kawan. Saya salah dan saya tidak ambil serius waktu kawan nak muat naik. Jadi tidak perlulah nak kaitkan dengan keluarga saya,” katanya.

Sebelum ini, foto Shukri  menunjukkan isyarat jari tengah ketika bergambar bersama rakan-rakan selebriti mengundang kecaman netizen di platform Threads.

Menerusi foto tersebut, Shukri dilihat bergambar bersama pelakon Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Andy Teh dan Irfan Zaini sambil menunjukkan isyarat jari tengah ke arah kamera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain