PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan gembira apabila tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Persekutuan pada Isnin.Menurut Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, keputusan itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada mereka sekeluarga, malah menguatkan keyakinannya Syed Saddiq sememangnya tidak bersalah. "Mestilah saya sangat-sangat bahagia. Paling penting, rasa lega sebab saya tahu Saddiq seorang yang sangat-sangat baik.Bella turut hadir ke mahkamah memberi sokongan kepada Syed Saddiq. "Saya tahu Saddiq tak bersalah. Terima kasih," katanya ketika ditemui mStar.Terpikat keperibadian Syed Saddiq melayani ibu bapa serta ahli keluarga menjadi sebab utama dia yakin untuk menerima ahli politik sebagai teman hidup.Malah, Bella berkata dia sentiasa melihat sisi baik yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq sepanjang perkenalan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa dah bagi ‘green light’, Syed Saddiq boleh fokus perancangan kahwin Bella Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 6 tahun berakhir, Syed Saddiq kekal bebas"Sebab saya nampak macam mana keperibadian dia. Yang paling utama saya nampak macam mana layanan dia terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting."Dan saya tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan saya dengan dia. Selebihnya Insya-Allah nanti kita akan lebih lagi kongsikan bila dah sampai masa. Terima kasih," ujarnya.Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan membebaskan Syed Saddiq sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan.Tarikh pernikahan Syed Saddiq dan Bella dinanti ramai. Keputusan itu sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan daripada lima pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas hubungan mereka menjadi perhatian ramai sejak tahun lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!