PENYANYI Shila Amzah menzahirkan rasa syukur atas kehadiran bapa tirinya, Brigadier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh yang kini menjadi figura datuk terbaik buat anak-anaknya.Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 37, menyifatkan ibu dan bapa tirinya itu sebagai sosok yang sangat luar biasa dalam melengkapkan institusi kekeluargaan mereka pada hari ini. Jelas Shila, meskipun anak-anaknya iaitu Seth dan Rhea tidak membesar dengan datuk kandung, kehadiran bapa tirinya itu sudah lebih daripada cukup untuk menumpahkan kasih sayang.Kehadiran bapa tiri buatkan Shila rasa bersyukur. "Mak dan ayah tiri saya sangat hebat. Itu sahaja apa yang saya boleh katakan. Mereka adalah satu-satunya sosok datuk nenek untuk anak-anak saya."Anak-anak saya sangat beruntung memiliki datuk tiri yang sanggup menggalas tanggungjawab itu (step-up)," katanya kepada mStar.Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tulis lagu baharu kisah bapa tak bertanggungjawabARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah pembawa talasemia, doktor beri saranan elak hamil… Cukup dua anakDalam pada itu, Shila turut mengulas mengenai satu perkongsiannya di aplikasi Threads mengenai coretan lagu terbaharunya yang berkisarkan tentang pengalaman membesar dalam keluarga yang berpecah-belah.Jelas Shila, situasi itu bukanlah sesuatu yang asing memandangkan suaminya, Ubai dan rakan-rakan terdekat turut melalui fasa keperitan hidup yang sama.“Kami dikelilingi oleh anak-anak daripada keluarga berpecah yang juga merupakan kawan-kawan kami. Kalau ada apa-apa mereka akan datang ke rumah.Fauziah dan Zainal Abidin sah berkahwin pada 21 November lalu."Orang selalu rasa cuma saya yang melalui semua ini. Tapi sebenarnya lagu ini, Ubai pun lalui. Orang selalu nampak dia bahagia sahaja," kongsinya.Untuk rekod, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman sah bercerai dengan penyanyi ND Lala pada Ogos 2023 selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.Bagaimanapun, Fauziah kembali sah bergelar isteri kepada Zainal Abidin pada 21 November tahun lalu selepas sebulan berkenalan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!