suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Fatwa kata haram, jadi saya tak mainlah," - Atiq Azman elak main 'trading' saham

Atiq tidak akan terjebak dengan 'forex'

PELAKON Raja Atiq memilih untuk mengelak daripada terlibat dalam aktiviti perdagangan mata wang atau 'trading' saham susulan adanya fatwa yang mengesahkan perkara tersebut sebagai haram.

Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman yah, 26, berkata, meskipun pernah mencuba aktiviti tersebut suatu ketika dahulu, dia mengambil keputusan untuk berhenti demi menjaga keberkatan rezeki.

“Eh tidak, saya bukan seorang 'trader'. Biasalah, sebelum ini ada juga saya cuba-cuba untuk mengetahuinya.

“Tetapi apabila sudah dikeluarkan fatwa menyatakan ia haram, jadi saya tidak mainlah,” katanya kepada mStar.

Atiq lebih memetingkan keberkatan rezekinya. 

Atiq berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV KLCC. 

Aktor itu juga menjelaskan dia akan sedaya upaya menjauhkan diri daripada terjebak semula dengan aktiviti tersebut. 

“Kalau boleh, pada masa akan datang pun saya memang akan elak daripada terlibat dengan perkara ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Atiq tidak menafikan sering menerima pelawaan daripada rakan-rakan yang mengajaknya untuk menyertai bidang tersebut kerana ia sering dianggap sebagai jalan singkat untuk menjana pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman tegur sikap rakan artis berlagak 'star'

ARTIKEL BERKAITAN: Individu menyamar jadi perancang majlis, Atiq Azman buat laporan polis… Impian majlis akikah anak musnah 

Bagaimanapun, dia memilih untuk menolak pelawaan tersebut kerana percaya punca rezeki tidak hanya terhad kepada satu bidang sahaja.

“Sebenarnya memang ramai kawan-kawan yang ajak untuk sertai 'trading' ini, tapi tidaklah. Bagi saya, kita boleh cari rezeki lain sebab rezeki itu luas.

“Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan kedai pencuci mulut sendiri yang terletak di Kajang.

"Kalau buat trading, kita kena fokus betul-betul dengan benda itu. Saya seorang pelakon, jadi memang tidak ada masa untuk bahagikan masa. Tidak ada masa nak duduk fokus di depan komputer memantau graf dan sebagainya,” kongsinya.

Atiq mahu fokus dengan kerjayanya sebagai pelakon. 

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan seni, Atiq bakal muncul dalam drama terbaharunya berjudul Yes Captain Zul Aaryan dengan memegang watak sebagai Arash.

“Dalam drama Yes Captain Zul Aaryan ini saya memegang watak sebagai Arash. Kena tengok sebab saya bawa watak seorang trader yang korang akan benci nanti.

“Bagi saya, dalam penggambaran kita boleh tipu sahaja fasal graf itu semua, tetapi realitinya ia sangat mencabar sebab kena tahu seluk-belok pasaran yang sebenar,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain