suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puas mengalah, Abby Abadi terus bersuara demi hak anak-anak

Abby bersuara demi anak-anak.

PELAKON Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi perjuangannya menuntut hak anak-anak selepas melalui fasa perceraian.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya iaitu aktor Norman Hakim.

Antara yang diluahkan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, adalah mengenai sikap bekas suaminya yang didakwa lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Perkongsian Abby di Instagram. 

"Paling saya ralat dan buat rasa kecil hati, waktu kecoh kes anak ini dia seakan lepas tangan. Berulang kali saya cakap buat itu, buat ini... awak bapak.

"Paling sakit bila anak lari ke rumah mereka, dihalau. Beg diletakkan di luar rumah, suruh pergi tempat lain.

"Tak beri duduk menumpang, diburukkan lagi pada pihak sana," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun sabar menanti, Abby Abadi akhirnya terima mas kahwin tertangguh daripada Norman Hakim 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila saya maki?” - Abby Abadi tegur salah faham netizen

Dalam hantaran sama, Abby menegaskan tindakannya lantang bersuara di media sosial adalah demi memperjuangkan hak anak-anak.

Dia juga mendakwa sudah menggunakan saluran yang betul untuk menuntut nafkah, namun tidak berhasil.

"Saya kongsi sebab untuk anak-anak dapat hak mereka. Tak payah cakap guna saluran yang betul, kalau boleh laluan lain, tidaklah saya berada di sini.

Abby tegas menuntut hak. 

"Habis mengalah dah Abby Abadi ni. Sekarang tidak lagi. Walaupun mungkin terlambat, saya bangkit untuk hak saya dan anak-anak," luahnya.

Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania, 20, dan Danisha Hakim, 17.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal Zakaria, manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain