BERKONGSI pengalaman sebagai seorang pengacara, DJ Sonic memberitahu dia pernah menerima bayaran serendah RM30 untuk mengendalikan sebuah majlis.Lebih teruk lagi, DJ Sonic atau Awang Suffian Awang Hussein turut mendedahkan dia menerima layanan buruk gara-gara namanya ketika itu tidak dikenali. "Suatu ketika dulu saya pernah dibayar RM30 untuk acara selama enam jam. Hanya RM30.Perkongsian DJ Sonic di Threads. "Pernah disuruh balik sebab bos sebuah syarikat tak mahu saya. Katanya saya tak popular, walhal saya dah sampai," katanya.DJ Sonic yang juga penyampai radio Nasional FM menulis luahan tersebut menerusi satu hantaran di laman Threads miliknya.Di sebalik pengalaman itu, DJ Sonic tidak pernah berputus asa dan tetap meneruskan kerjaya yang diminatinya.ARTIKEL BERKAITAN: "Kau je kahwin dengan dia" - Netizen meluat ucapan DJ Sonic buat Fazura, dakwa terlalu 'busybody' ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sering puji Fattah Amin, DJ Sonic tak pernah dengar Fazura ‘canang’ hal rumah tanggaMalah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila namanya kini semakin mendapat perhatian selain menerima banyak tawaran kerja."Alhamdulillah, pada 2026 saya ditawarkan menjadi hos tetap Malam Budaya Sarawak 2026, pusing seluruh Sarawak.DJ Sonic banyak menerima tawaran menjadi pengacara majlis. "Jadual saya penuh hingga Disember. Job tidak putus setiap minggu," ujarnya.Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons daripada pengikut di media sosial, termasuk pujian terhadap cara penyampaian DJ Sonic ketika mengendalikan majlis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!