suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luahan Wani Kayrie di media sosial bukan 'serang' mana-mana pihak

Wani nafi dianaktirikan syarikat pengurusannya.

PENYANYI Wani Kayrie tampil menjelaskan hantarannya di media sosial yang berbaur kekecewaan baru-baru ini sekadar luahan rasa sedih yang menganggap bakat dan perjuangannya kurang dihargai berbanding peserta Big Stage lain.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkata luahan itu tidak mempunyai agenda terselindung untuk menyerang mana-mana pihak.

Katanya, ia juga bukan sindiran ekoran dakwaan kononnya dia diketepikan dan dianaktirikan oleh pihak pengurusan sendiri.

Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

Ini kerana, tegas Wani, hubungan dengan label rakaman berada dalam keadaan baik dan tidak bermasalah seperti yang didakwa.

"Eh, tidaklah anak tiri. Tak baik cakap seperti itu sebab lagu Cak Cak Cekuk pun boleh keluar disebabkan kedegilan saya sendiri dan pihak pengurusan pun bersetuju.

"Saya dengan label tidak ada masalah. Hantaran itu hanya untuk persoalan sahaja dan saya tidak ada tujuan untuk 'menembak' mana-mana pihak pun," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada gimik umum kahwin, Wani Kayrie tak mahu fokus terganggu

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu tak masuk separuh akhir AJL… Wani Kayrie memahami kesedihan rakan artis, pernah berdepan situasi sama

Pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu menambah, luahan tersebut juga bukan bertujuan mencari perhatian atau meraih simpati, sebaliknya cuma persoalan yang terbuku di lubuk hati.

"Sebenarnya itu adalah hantaran sebagai persoalan sahaja sebab saya kan alumni Big Stage musim pertama. Walaupun saya tidak menang dan sekadar mendapat tempat keempat, tetapi sebagai alumni, timbul rasa sedikit sedih selepas melihat video itu.

"Hanya itu sahaja perasaan saya dan saya tidak ambil hati pun. Cuma berasa sedih sebab tertanya-tanya adakah orang tidak pandang usaha dan kejayaan yang saya capai dengan penat lelah mencuba selama ini?

Wani tiada masalah dengan syarikat rakamannya. 

" Apa yang boleh saya katakan, terus melangkah sahaja," katanya lagi.

Wani turut menzahirkan rasa terharu apabila ramai peminat mula membuka mata dan tampil memberikan kata-kata semangat terhadapnya.

"Saya tidak sangka yang orang akan nampak usaha itu. Nak kekal relevan sehingga ke hari ini bukan senang, sangat susah.

"Jadi saya ambil perkara yang positif sahaja dan terima kasih untuk mereka yang sentiasa berikan sokongan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain