suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada gimik umum kahwin, Wani Kayrie tak mahu fokus terganggu

Wani tampil menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya.

PENYANYI Wani Kayrie tampil menjawab dakwaan yang menyebut namanya bakal melakukan gimik dengan mengumumkan perkahwinan di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40).

Menafikan perkara tersebut, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, menjelaskan spekulasi itu mungkin timbul disebabkan lagu Cak Cak Cekuk bertemakan perkahwinan.

Jelas Wani, dia memilih untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada kualiti persembahan berbanding mempertaruhkan sebarang gimik.

Wani harap tidak timbul salah faham tentang dakwaan gimik umum kahwin.

"Kahwin? Oh, saya tidaklah. Macam nak kahwin pun, awal lagi. Satu lagi, mungkin sebab orang rasa lagu ini bertemakan perkahwinan, jadi mereka ingat saya akan buat tema kahwin.

"Tetapi kalau boleh, saya cuba untuk tidak buat benda yang orang dah boleh jangka. Nanti orang dah letakkan harapan yang tinggi.

"Jadi, apa yang saya boleh kata, kahwin itu bukan saya, mungkin artis lain," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu tak masuk separuh akhir AJL… Wani Kayrie memahami kesedihan rakan artis, pernah berdepan situasi sama 

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie tak lagi malu-malu, tayang kemantapan vokal menerusi ‘Fajar’

Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis AJL40: The First Look di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya sama ada dia merupakan seorang selebriti yang gemar menggunakan elemen gimik, Wani secara jujur mengakui lebih selesa dengan pendekatan bersahaja.

"Bukan (pilihan saya). Sebab saya boleh kata, untuk kali ini saya tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak buat persembahan dengan gembira sebab ini kali pertama.

Wani mahu memberi persembahan terbaik di pentas AJL40. 

"Untuk saya ada gimik dan sebagainya, saya tak nak mengganggu fokus dan prestasi saya. Apa yang saya boleh katakan, saya cuma nak buat persembahan yang diingati semua orang.

"Sejujurnya, saya lebih suka biarkan ia ringkas sebab bila ada gimik, kita kena bijak dan kena selarikan benda itu sampailah ke hari persembahan akhir. Tapi bagi saya sendiri, gimik itu biarlah datang daripada konsep persembahan pada hari tersebut nanti," ujarnya.

Sebelum ini, tular ciapan seorang individu yang mendakwa salah seorang finalis bakal mengumumkan berita pernikahan ketika membuat persembahan di AJL40.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain