suria

Wani Kayrie tak lagi malu-malu, tayang kemantapan vokal menerusi ‘Fajar’

Fajar beri peluang Wanie Kayrie tunjukkan kehebatan vokal sendiri.

INGIN menonjolkan kemampuan vokal yang masih belum diketahui ramai, penyanyi Wani Kayrie muncul dengan lagu terbaharu bergenre balada Fajar bagi menambat hati peminat.

Wani atau Syazwani Abdullah, 23, berkata, dia mahu mencabar kemampuan diri sekali gus ingin mencuba sesuatu yang baharu menerusi single ketiganya ini.

“Idea di sebalik genre untuk single ketiga ini datangnya dari saya sendiri kerana mahukan kelainan yang lebih kepada menonjolkan kemampuan vokal," katanya.

DSC04985

Wani pertaruhkan vokal dalam lagu Fajar.

Bagi single terbaharu itu, Wani kembali bekerjasama dengan komposer Shazee Ishak, Audi Mok dan Tysha Tiar.

Lebih unik lagi apabila lagu ini hanya memakan masa sehari sahaja untuk dirakam memandangkan selesa dengan komposer Audi.

Malah dia turut menyanyikan lagu Fajar ini dengan ikhlas membuatkan segalanya dipermudahkan.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan abang Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun berjudul Aku Suka Kamu.

"Abang Audi juga tahu akan kebolehan vokal saya, dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman lagu Fajar ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah ‘move on’, padam paparan skrin mesej Sophia Albarakbah di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan suami orang” - Idris Khan belum nikah, jawab hubungan sebenar dengan wanita Maghribi

"Shazee Ishak antaranya memberi idea untuk penambahan ad-lib, penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan hati yang ikhlas.

"Dengan itu baharulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja," ujarnya.

Berkongsi mengenai Fajar, Wani berkata lagu berkenan mengisahkan tentang sebuah harapan dalam mencari hala tujuan kehidupan.

DSC04995

Fajar luahkan keikhlasan Wani.

"Lagu Fajar menceritakan tentang cahaya yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah dalam hidup meskipun menerima banyak ujian dan dugaan.

"Saya percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya, dan cahaya itulah yang menjadi sumber kekuatan setiap insan dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar tanpa menoleh ke belakang.

"Ini termasuklah seseorang tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang menjadi sejarah hitam," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain