suria

Salam sebab terpaksa... Sharifah Rose bersentuhan pelakon Thailand enggan tunjuk reaksi biadab

Sharifah Rose hanya menghormati tidak berlebihan ketika salam artis Thailand.

NAMA Sharifah Rose menjadi sebutan netizen gara-gara tidak senang melihat aktres berkenaan bersalaman dengan artis daripada Thailand iaitu Bright Vachirawit di sebuah acara produk penjagaan kulit baru-baru ini.

Ini kerana netizen berpendapat tindakan pelakon berusia 25 tahun itu tidak bersesuaian dengan penampilanya yang bertudung sekali gus berharap agar Rose menjaga batas.

Susulan itu, Rose, tampil menjelaskan tindakannya bersalaman dengan artis berkenaan kerana tidak mahu bersikap biadap memandangkan telah menerima huluran tangan terlebih dahulu.

462624

Sharifah Rose dikecam gara-gara bersalaman dengan artis Thailand.

Rose berkata dia awalnya hanya melambai sahaja namun artis berkenaan menghulur tangan dan dia terpaksa menyambut sebagai tanda hormat.

"Masa itu saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak biadab jika tidak menyambut salamnya kerana dia mungkin tak tahu budaya kita kan.

"Jadi saya sambut tangan dia sebagai menghormati. Saya pun tidaklah berlebih-lebih. Saya sambut tangan dia pun sebab dia hulur," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Sharifah Rose mencurah-curah sepanjang Ramadan sampaikan tiada masa rehat... Berbeza dengan puasa sebelum ini

ARTIKEL BERKAITAN: Bersentuhan dalam drama, Sharifah Rose lakon babak ‘sweet’ supaya penonton tidak bosan

Rose berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkata itu, Rose memeberitahu sudah terbiasa apabila tindak tanduknya sering menjadi perhatian netizen.

"Saya rasa biasalah netizen semua benda nak pertikaikan. Asalkan bagi saya benda itu tidak berlebihan, hanay salam sebab menghormati saja," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain