suria

Tampil sedondon sambil pimpin tangan, madu Adira Suhaimi minta Allah jaga hubungan mereka

Adira menarik perhatian ramai apabila berkongsi kemesraan dengan Datin Red.

PENYANYI Adira Suhaimi menarik perhatian ramai apabila berkongsi video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpinan tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.

Malah video tersebut turut dimuat naik oleh Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji hubungan baik di antara mereka dan mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke syurga.

adira1 - 1

Peminat mendoakan kebahagiaan buat Adira dan Datin Red.

"Alhamdulillah, makin cantik Datin Red. Dia sangat sabar dan Adira sangat bagus main peranan yang baik dan tahu di mana tempat dia. Saya doakan anda semua bahagia.

"Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kalian sekeluarga, Insya Allah syurga menanti anda berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi tayang gambar suami sedang minum petang, jawab fitnah sudah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi 'tutup kilang', ambil keputusan ikat peranakan... Bimbang risiko jika hamil lagi

"Macam inilah sepatutnya isteri kedua. Isteri pertama dah cuba untuk terima, isteri kedua kena pandai ambil hati," tulis netizen.

Sementara itu, mStar cuba untuk mendapatkan reaksi daripada penyanyi lagu Ombak Rindu itu, namun Adira enggan menggulas lanjut dan hanya mengucapkan syukur.

adira2 - 1

Adira bersyukur dengan kehidupannya.

"Saya boleh beri komen Alhamdulillah sahaja," katanya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain