suria

Adira Suhaimi ‘tutup kilang’, ambil keputusan ikat peranakan… Bimbang risiko jika hamil lagi

SELEPAS melahirkan anak keempat, penyanyi Adira Suhaimi mengambil keputusan untuk melakukan prosedur Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau mengikat organ peranakan bagi mengelakkan dirinya daripada kembali hamil.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 31, berkata keputusan ini dibuat selepas menerima saranan doktor dan disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkannya untuknya mengandung lagi.

“Saya umurmkan yang sudah BTL tapi atas saranan doktor dan persetujuan suami juga, saya faham dalam Islam haram untuk lakukan ini.

“Tapi atas risiko tertentu seperti membahayakan bayi dan juga ibu sekiranya mengandung lagi.

“Lagipun Adira pilih untuk lakukan BTL ni sebab dah empat kali caesarean atau bersalin secara pembedahan, kalau beranak normal tiada masalah,” katanya pada mStar.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat pasang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub yang baru berusia dua bulan.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi