suria

Gaya dah macam ‘oppa’, Hael Husaini mengaku dulu kurang ilmu tentang penampilan… “Tiada beza, muka saya masih Melayu”

PENYANYI Hael Husaini berkata perubahan penampilan dirinya bertujuan untuk mencari kelainan dalam berfesyen.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 34, penjagaan imejnya kini diuruskan oleh syarikat tatarias professional dari luar negara.

“Kalau dahulu mungkin saya sedikit kekurangan ilmu mengenai penampilan diri, sekarang ini apabila pihak pengurusan telah tetapkan orang yang khusus untuk perubahan ini.

“Jadi saya dapat bekerja sama dengan brand bukan saja Malaysia tapi luar negara.

“Jadi setiap penampilan saya mungkin akan berbeza kerana mempunyai pelbagai tatarias yang professional... mungkin daripada situ juga orang akan lihat oh bezanya penampilan sekarang ini, “ kata Hael kepada mStar.

Untuk perkembangan lain, Hael akan mengadakan persembahan solo konsert pada 4 Disember ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi