suria

[V] “Kalau dia jodoh saya, apa salahnya” - Shuib akhirnya mengaku berkawan rapat dengan usahawan, mohon doa peminat

FOTO pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib bersama anak-anak yang dimuat naik di Instagram mencuri tumpuan netizen apabila memperlihatkan kelibat seorang wanita dipercayai turut bersamanya ketika itu.

Tampil menjawab spekulasi itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan.

Tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.

shuib 1

Shuib semakin terbuka bercerita soal teman hidup baharu.

"Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.

"Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya," katanya kepada mStar.

Pada Selasa, tular gambar Shuib makan malam bersama anak-anak di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... “Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib batal hasrat ubah suai rumah selepas mimpi cari arwah Siti Sarah... Baju terakhir dipakai jadi pengubat rindu

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pantulan di cermin memperlihatkan sosok tubuh seorang wanita sedang merakam gambar Shuib dan anak-anaknya.

Usahawan itu dipercayai bernama Watie Hanifiah iaitu merupakan wanita sama yang pernah heboh diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, Shuib berkata dia kini lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baharu.

Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

"Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga berharap netizen tidak terlalu cepat membuat kesimpulan atau mudah menjatuhkan hukum apabila timbul cerita dia berkawan rapat dengan mana-mana wanita.

shuib 2

Shuib mahukan wanita yang terbaik untuk menjaga anak-anak.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga meluahkan rasa kecewa disebabkan tanggapan sesetengah pihak yang seakan-akan lebih mengetahui mengenai jodohnya.

"Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkritik. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin.

"Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan jatuh hukum, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan," ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah Raissuddin mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.

Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain