suria

“Saya bukan suami orang” - Idris Khan belum nikah, jawab hubungan sebenar dengan wanita Maghribi 

Idris Khan nak fokus kepada karier terlebih dahulu sebelum jumpa jodoh.

PELAKON Idris Khan menepis dakwaan sudah bergelar suami kepada wanita berasal dari Maghribi yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya sebelum ini iaitu Sanaa Jaffer.

Idris atau Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 34, sebaliknya berkata, ketika ini dia sedang menikmati zaman solo memandangkan masih belum bertemu calon sesuai dijadikan suri hidupnya.

"Bila saya berkahwin? Itu hanyalah khabar angin. Saya bukan suami orang tapi kalau ada calon sesuai, mengapa tidak?

"Apa sahaja boleh berlaku, kita tidak tahu. Kita lihat sahaja nanti. Saya pun tak mencari calon buat masa ini, saya seronok dengan kehidupan dan fokus kepada kerja.

334167279_214071387823056_9142600639749843458_n

Idris Khan masih lagi solo.

"Kalau ada sinar (berkahwin), saya akan beritahu. Buat masa sekarang, sinar itu belum nampak lagi," katanya kepada mStar.

Idris berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan selesai luar mahkamah yang terbaik, Idris Khan tak tolak terus kerjasama dengan A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson yakin tidak bersalah, mahu terus ‘lawan’ A. Aida... hormat Idris Khan selesai luar mahkamah

Mengulas status sebenar dia dan Sanaa, Idris berkata, mereka berkawan rapat namun tidak menjalinkan hubungan serius memandangkan kedua-dua sedang fokus kepada karier.

"Kami masih berkawan tetapi masing-masing fokus dengan karier. Kami masih rapat, tapi belum ke tahap itu (berkahwin).

"Saya lebih fokus kepada karier dan terlalu banyak perkara yang saya usahakan. Jadi, belum masanya saya berkahwin," katanya.

327770748_917130996307103_1337178195916606844_n

Idris Khan nak fokus kepada kerja.

Dalam pada itu, Idris memberitahu dia mencari seseorang yang bukan dalam kalangan penggiat industri seni jika sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kelak.

Tambah Idris, kriteria tersebut menjadi keutamaan buat dirinya agar dapat melayari rumah tangga yang bahagia.

"Jika tidak, asyik borak perkara sama... Ia membosankan.

"Untuk jangka masa panjang, kita mahu seseorang yang bergiat dalam industri berbeza, barulah seronok," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain