suria

Rezeki Sharifah Rose mencurah-curah sepanjang Ramadan sampaikan tiada masa rehat... Berbeza dengan puasa sebelum ini

Rose bersyukur tidak berdepan dengan cabaran sepanjang Ramadan.

TAHUN kedua menjalani ibadah puasa sebagai selebriti, aktres Sharifah Rose memberitahu dia tidak berdepan dengan cabaran seperti Ramadan sebelumnya.

Selain fokus menjalani penggambaran drama, Sharifah Rose, 23, atau mesra disapa sebagai Rose berkata dia hanya mengambil kerja sampingan lain yang tidak memakan masa lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam dah 3 drama jadi heroin, Sharifah Rose syukur dapat kepercayaan stesen TV

"Sepanjang Ramadan ini, saya memang shooting drama. Tak boleh nak rehat pun. Tapi Alhamdulillah, tahun ini tak terasa mencabar macam tahun lalu.

Tak ambil job yang ambil masa lama sebab shooting pun dah ambil masa.

SHARIFAH ROSE

PELAKON

"Macam Ramadan tahun lalu, pertama kali penggambaran memang mencabar. Tahun ini dah tahu macam mana nak kawal, saya kena banyak bersabar. Saya pun tak ambil job modelling.

"Hanya penggambaran drama dan beberapa kempen saja. Tak ambil kerja yang perlukan masa lama sebab penggambaran pun dah ambil masa," kata Rose kepada mStar.

Drama lakonan Sharifah Rose bergandingan dengan aktor baharu Ali Reza berjudul Do You Love Me Captain masih ditayangkan di saluran TV3 sejak 13 April lalu.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini memberitahu dia sentiasa mengambil vitamin memandangkan tidak mempunyai selera makan ketika bersahur.

Rose 3

Drama gandingan Rose dan Ali masih ditayangkan.

Pelakon yang boleh dikenali menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu turut bersyukur dapat bekerjasama dengan kru produksi yang sentiasa menjaga solat ketika penggambaran.

"Untuk Ramadan kali ini, saya memang amalkan ambil vitamin. Sebab saya waktu sahur, tak makan sangat. Selalunya hanya minum air dan makan kurma.

"Sebab waktu pagi, saya jadi tak lalu makan... akan minum kopi saja. Buat masa ini, Alhamdulillah bertahan juga. Mungkin dekat set penggambaran pun semua orang berpuasa.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dapat berada di set yang semua kru menjaga solat. Jadi bila waktu solat, semua on time," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain