suria

Bergabung suara dalam lagu raya ‘Semangat Lebaran Kita’, Yonnyboii puji komitmen tinggi Wani Kayrie

Gabungan pertama Wani dan Yonnyboii.

MAHU meluangkan masa bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan, penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, bagaimanapun berkata dia sudah menyelesaikan tuntutan kerja sebelum berehat panjang di bulan puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii sedih tengok isteri kena kecam selepas tidak lagi bertudung, tak buat salah cuma pilih jadi diri sendiri

Biarpun tidak aktif dalam bidang seni buat sementara waktu, Wani memberitahu dia sempat melancarkan lagu raya bersama penyanyi rap Yonnyboii berjudul Semangat Lebaran Kita.

Wani 2

Wani kurangkan aktiviti seni sepanjang Ramadan.

"Selain mengurangkan aktiviti seni sepanjang bulan puasa, saya mahu lebihkan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan bersama keluarga.

"Namun begitu, tuntutan kerja telah saya lunaskan terlebih dahulu. Saya juga berharap agar peminat semua terhibur dengan lagu dendangan saya dan Yonnyboii.

"Semoga Ramadan kali ini serta Aidilfitri yang bakal tiba mengajar kita untuk menjadi individu yang lebih bersyukur berbanding sebelumnya dan sentiasa bersederhana ketika perayaan nanti," katanya.

Namun begitu, tuntutan kerja telah saya lunaskan terlebih dahulu.

WANI KAYRIE

PENYANYI

Menariknya, Semangat Lebaran Kita nyanyian mereka berdua turut diangkat menjadi lagu tema Astro sempena sambutan Ramadan dan Aidifitri.

Lagu ciptaan komposer dan penulis lirik Amy Bong serta Bab itu dihasilkan dengan genre alternatif pop moden diserikan lagi dengan petikan instrumen muzik jenis 'akordion'.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut meluahkan rasa teruja pertama kali dapat bekerjasama dengan Wani yang dianggap seorang penyanyi yang komited dalam kerjaya.

Wani 1

Yonnyboii terbuka bergandingan dengan Wani.

"Saya diberitahu oleh pihak label (DefJam Recordings) tentang pelawaan berkolaborasi dengan Wani dalam sebuah lagu raya dari pihak Rocketfuel.

"Jadi sudah tentu saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Ini merupakan kali pertama saya dan Wani bergabung dan kami seronok dapat berkolaborasi bersama.

"Wani seorang artis yang komited dan ‘cepat tangkap’ dalam menyampaikan maksud lagu ini. Kita semua pastinya teruja dan tidak sabar untuk menyambut lebaran pada tahun ini," ujar Yonnyboii.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain