suria

Amelia Henderson benci dipanggil janda, minta masyarakat jangan rendah martabat wanita

Amelia enggan status janda dikaitkan dengannya.

PELAKON dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang apabila ada menggelarkan dia dengan panggilan janda ekoran pernah melalui fasa kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Amelia, 28, berkata, gelaran tersebut dianggap sebagai tidak menghormati dan memberi gambaran kurang baik kepada golongan wanita yang pernah bercerai.

"Saya benci dengan perkataan janda. Bolehkah kita tidak merendahkan wanita dengan panggilan berdasarkan status hubungan seseorang.

"Saya ini seorang pelakon yang pernah menang anugerah, model, pengacara, produser dan penari dengan pengalaman lebih 27 tahun.

amelia 1

Amelia meluahkan rasa kurang senang diberi gelaran janda.

"Panggilan janda adalah tidak menghormati dan kurang sesuai menggambarkan diri saya," katanya.

Amelia menulis perkara tersebut di Twitter miliknya sebagai menjawab ciapan seorang pengguna laman sosial itu yang memanggilnya dengan gelaran janda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takut hantu!” - Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik, terfikir tolak tawaran berlakon ‘Pulau’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson tetap mahu lawan, sakit hati difitnah A. Aida

Dalam pada itu, pelakon filem Pulau ini memberitahu perkahwinan dan penceraian bukan perkara yang harus menjadi pengukur dalam kejayaan seorang wanita masa kini.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang indah tetapi bukan pencapaian. Wanita yang tidak berkahwin atau gagal dalam rumah tangga bukan satu kekurangan," jelasnya.

Sementara itu, menerusi komen balas pada ciapan tersebut, ramai bersetuju dengan pandangan Amelia yang menyatakan perkataan janda itu seakan-akan memberi stigma negatif terhadap kaum wanita.

Amelia berharap masyarakat mengubah pandangan mereka terhadap wanita yang bercerai.

Peminat turut memberi sokongan buat Amelia supaya tidak terkesan dengan kata-kata tersebut sebaliknya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan kerjayanya yang sedang meningkat naik.

Untuk rekod, Amelia pernah berkahwin dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015.

Bagaimanapun pada Ogos 2018, Amelia mendedahkan perkahwinan tersebut sudah berakhir namun enggan mendededahkan tarikh sebenar mereka bercerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain