suria

“Saya takut hantu!” - Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik, terfikir tolak tawaran berlakon ‘Pulau’

Amelia mengakui takut berlakon filem seram.

PELAKON Amelia Henderson mendedahkan dia sebenarnya tidak mahu terlibat dalam Pulau memandangkan filem berkenaan mengetengahkan genre seram dan berunsurkan mistik.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 27, berkata, dia sebenarnya seorang yang penakut terutamanya perkara berkaitan mistik dan kelemahan itu membuatkan dia tidak mahu terlibat dalam filem atau drama berunsurkan seram.

"Saya takut hantu, sebab itu anda jarang tonton saya berlaku dalam drama atau filem genre seram dan mistik.

"Malah saya pada awalnya mahu menolak tawaran berlakon dalam Pulau tetapi hati jadi terbuka sebab watak Kat sangat menarik dan saya tidak pernah diberi peluang membawa karakter seperti itu.

Watak Kat memerlukan ketahanan mental dan fizikal

"Watak Kat sangat menarik dan istimewa... disebabkan itu saya lupakan rasa takut dan setuju kerana mahu zahirkan karakter Kat," katanya kepada mStar.

Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem berkenaan yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Handsome adik Amelia Henderson... Alex setuju berlakon filem selepas dipujuk kakak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson tetap mahu lawan, sakit hati difitnah A. Aida

Pulau yang diarahkan oleh Euho membariskan pelakon seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O'Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Filem berkenaan mengisahkan sekumpulan anak muda yang bercuti ke sebuah pulau yang bertukar tragedi ngeri dan ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Mac depan.

Bercerita lanjut mengenai cabaran menjayakan filem tersebut, Amelia memberitahu pengalaman menjalani penggambaran di dalam laut selama sembilan ke 12 jam antara yang tidak boleh dilupakan.

Amelia seorang yang takut kepada perkara mistik

Amelia berkata, bagi menjayakan babak di dalam laut bukan mudah kerana memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana ia turut melibatkan elemen aksi.

"Walaupun Pulau filem seram tapi masih ada babak yang memerlukan saya mendaki hutan dan menyelam dalam lautan.

"Dari segi fizikal ia mencabar sebab saya ia antara aksi yang belum pernah saya buat sebelum ini.

"Tetapi saya sangat menikmati aksi itu sebab ia membuatkan saya rasa lengkap menjadi seorang pelakon," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain