suria

Sissy Imann anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

Sissy mengakui muzik adalah cinta pertamanya.

PENYANYI Sissy Imann menyifatkan kegagalan memberikan persembahan cemerlang pada minggu keenam program Famili Duo pada malam Ahad membuatkan dia sedar diri dan ruang tentang kelemahan diri.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, berkata, meskipun dia tidak dapat membayangkan dirinya berhenti menyanyi namun perasaan itu bertukar sebaliknya selepas persembahannya mendapat kritikan pedas juri, Mas Idayu.

"Muzik selalu menjadi cinta pertama saya dan betul dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tidak menyedarinya. Atau saya tak bena-benar menyedarinya.

sis1 - 1

Sissy sudah bermain muzik sejak usia lima tahun.

"Saya tak dapat melihat diri saya berhenti daripada terus aktif dalam bidang muzik tetapi malam ini perasaan itu sebaliknya.

"Sesuatu yang saya belajar dan cinta sejak lima tahun, tidak lagi mencintai saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Iman menangis, netizen pula tak puas hati - "Angin semacam malam ini"

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann tepis sengaja cari perhatian enggan dedah punca kena bedah, keluarga sendiri tak tahu dirinya sakit

Sissy berkongsi mengenai perasaannya itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Sissy berkata, dia juga tidak pernah terfikir perkara yang membuatkan dia gembira telah mengecewakan ramai pihak dengan nyanyian yang teruk.

sis2 - 1

Persembahan Sissy dan Naim di minggu keenam Famili Duo menerima kritikan pedas.

Disebabkan itu juga, Sissy turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada peminat.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain