suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjuk isyarat jari tengah, budak cuak lelaki tahan kereta di lampu isyarat merah - “Urut dada tengok perangai mereka“

Ibu bapa perlu berlapang dada apabila anak-anak ditegur. -Gambar hiasan AI

TINGKAH laku kanak-kanak zaman kini sukar diduga sehingga ramai ibu bapa berdepan pelbagai cabaran dalam memastikan mereka memahami batas sikap. 

Seorang wanita berkongsi beberapa pengalaman berdepan dengan kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku tidak sopan terhadapnya dan suaminya ketika berada di tempat awam.

"Masa kami dalam kereta, ada seorang budak perempuan dihadapan kereta kami tunjuk isyarat jari tengah! Suami aku apa lagi, dia ikut kenderaan itu sampai kereta berhenti.

"Suami aku keluar dan pergi cakap dengan mak budak itu. Apa lagi, kena marahlah budak itu dengan mak dia. Mak dia suruh salam minta maaf," katanya.

Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu memanjakan anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu memanjakan anak-anak. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita tersebut, kejadian serupa bukan kali pertama berlaku kepadanya dan suami.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menunjukkan isyarat jari tengah berulang-kali ketika mereka sedang memandu.

"Sekali kereta berhenti dekat lampu isyarat. Budak itu muka cuak habis apabila tengok suami aku keluar daripada kereta waktu lampu merah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seluar dalam pun saya basuh” – Lelaki jadi hamba dalam rumah sendiri, dilayan macam sampah demi ambil hati anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati dijerkah sebab bersikap biadab... Pelajar ‘psiko’ cikgu, nyanyi lagu ‘Kicau Mania’ kuat-kuat depan kelas

"Suami aku cakap dengan mak dia. Mak dia marah anaknya. Begitulah budak-budak zaman sekarang. Mudah terikut kawan-kawan. Nauzubillah Ya Allah," katanya.

Tidak hanya itu, wanita itu turut berkongsi satu lagi pengalaman ketika mengambil anaknya pulang dari sekolah pada tahun lalu.

Katanya, seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kereta berhampiran tempat parkir didakwa membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya ke arahnya.

  • Budak perempuan tunjuk jari tengah kepada pasangan.
  • Suami menegur ibu kanak-kanak terbabit.
  • Kejadian sama berlaku dua kali.
  • Budak lelaki didakwa tunjuk kemaluan di parkir sekolah.
  • Netizen ingatkan ibu bapa didik anak jaga adab.

"Aku apa lagi, buat muka bengis. Aku tunjuk jari macam gunting. Aku cakap, aku gunting nanti. Cuak dia. Balik itu aku cerita dekat suami, dia geleng kepala je dengan perangai budak sekarang," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau tingkah laku anak-anak serta mendidik mereka agar menghormati orang lain.

"Jujurnya takut dengan adab sebahagian budak-budak sekarang, kalau bercakap mesti nak memaki hujung ayat. Urut dada tengok perangai mereka!

"Saya memang dah bagi amaran dekat anak-anak jangan buat perangai macam tu, kalau buat memang siap dengan saya," komen warga maya.

Artikel Lain