suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami acah alim minta isteri tutup aurat lepas kahwin, kantoi ‘history’ Instagram penuh carian wanita seksi

Individu yang sudah berkahwin sewajarnya menjaga pandangan dan batas pergaulan demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

DEMI menjadi seorang isteri solehah, seorang wanita sanggup mengubah penampilan dirinya selepas mendirikan rumah tangga termasuk meninggalkan imej tidak bertudung.

Namun, siapa sangka pengorbanan dilakukan atas dasar ketaatan kepada suami itu akhirnya dibalas dengan kekecewaan apabila lelaki berkenaan gemar 'mencuci mata' melihat wanita berpakaian seksi di Instagram.

Menurut wanita terbabit, segala-galanya terbongkar selepas dia menemui beberapa profil wanita berpakaian mencolok mata dalam sejarah carian Instagram milik suaminya yang tidak dipadamkan. 

"Sebelum kahwin aku freehair, lepas kahwin laki aku tak bagi freehair. Baik, aku ikutkan demi jadi isteri solehah. Tapi apa yang aku dapat? 

"Laki aku kantoi cuci mata tengok akaun perempuan-perempuan seksi, pakai bikini dekat Instagram. Dia lupa nak padam history," ujarnya.

Tabiat buruk yang gemar melayani akaun atau laman tertentu boleh menjadi punca keretakan perkahwinan. -Gambar hiasan AI

Wanita itu berkata, perkara berkenaan terbongkar secara tidak sengaja ketika anak sulungnya yang masih kecil menggunakan telefon bimbit milik suaminya itu.

"Dia kantoi pun sebab dia bagi anak sulung main telefon bimbit dia. Anak aku tersalah tekan, kemudian telefon itu diberikan kepada aku. Tergerak hati nak tengok gambar dalam Instagram suami.

"Tiba-tiba nampak dekat bahagian carian ada profil perempuan, bukan satu dua. Wah, seronok cuci mata sedangkan suruh bini sendiri bertutup,"luahnya dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin pun belum hilang! Hati isteri tengah pantang hancur, suami kantoi sembang lucah dengan wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suka ‘berjuang’ sendirian, makin bergelora tengok isteri tidur terkulai - “Tapi dia suka rakam!"

Tambah wanita itu, dia bersemuka untuk mendapatkan penjelasan daripada suaminya, namun lelaki itu didakwa memberikan alasan akaun Instagram berkenaan digunakan oleh rakan sekerjanya.

"Dia cakap kawan pejabat guna Instagram dia, jadi dia tak pasti macam mana boleh ada.

"Aku malas nak panjangkan cerita sebab aku tahu semua itu dusta untuk tutup cover diri sendiri," katanya.

  • Seorang wanita sanggup ubah penampilan selepas berkahwin demi menjadi isteri solehah.
  • Dia kecewa apabila suami gemar 'cuci mata' melihat akaun wanita berpakaian seksi di Instagram.
  • Perkara itu terbongkar secara tidak sengaja ketika anak kecilnya menggunakan telefon bimbit suami.
  • Suaminya mendakwa akaun Instagram itu digunakan oleh rakan sekerja, namun alasan itu diragui.
  • Netizen menyarankan wanita itu berbincang secara terbuka dengan suami demi keharmonian rumah tangga.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita tersebut supaya berbincang dan berterus-terang dengan suaminya demi keharmonian rumah tangga mereka.

"Sebab itulah aku meluat dengan lelaki acah alim. 

"Tak paham jantan spesies yang nak isteri solehah kiriman tuhan tapi nafsu suka perempuan seksi," komen netizen. 

Artikel Lain