KELAHIRAN cahaya mata sulung sepatutnya menjadi detik yang membahagiakan suami isteri.Namun, seorang wanita mendakwa rumah tangganya mula diuji selepas dia selamat melahirkan anak pertamanya. “Rumah tangga kami harmoni. Sekarang dah ada bayi dan masih dalam pantang. Aku tak pernah tidur dengan air mata, semua kehendak ditunaikan suami.Perbuatan curang boleh menjadi punca kemusnahan rumah tangga. -Gambar hiasan“Nak tahu ujian aku kat mana? Ia berlaku pada hari ke-26 kelahiran bayi kami. Waktu menyusu anak, dia main telefon. Aku terlihat satu aplikasi ni.“Dia kantoi curang, ada mesej lucah dalam aplikasi tu. Aku fikir ia mesej dari zaman belum kahwin, rupanya ia berlaku waktu kami dah kahwin,” dakwanya.Menurut wanita itu, dia tidak berdiam diri, sebaliknya menuntut penjelasan daripada suaminya mengenai perkara berkenaan.Wanita tular selepas kongsi ujian yang dilaluinya sewaktu dalam tempoh berpantang.Dia dapat tahu suaminya curang ketika anak pertamanya belum berusia sebulan.Dia bagaimanapun tidak mahu bercerai kerana memikirkan masa depan anaknya.Suaminya juga memohon maaf dan berjanji untuk tidak ulang kesilapannya.Ringkasan ini dijana oleh AI“Kami duduk berbincang cari jalan penyelesaian. Dah kantoi, berbelit dia bagi penjelasan. Dia janji dan minta maaf. Dia kata tak akan ulangi lagi.“Aku tak tahu nak percaya atau tidak. Hati aku dah sakit. Tapi aku bagi peluang demi anak. Tak nak anak aku membesar tanpa bapa.“Kesian anak aku yang tak berdosa. Aku pun belum habis pantang lagi,” ujarnya sambil menambah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2025.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tolong cebok, mandikan mentua sakit... Kebaikan menantu wanita ini akhirnya dibalas fitnah curang!ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi tuduh menantu curang, ibu mentua gelabah cuba ’rasuah’ cincin emas... Suami minta maaf baru sedar perangai jahat mak sendiriHantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.“Boleh bagi peluang, tapi saya nasihatkan kamu ambil perancang. Jangan mengandung lagi buat masa sekarang.“Berdasarkan pengalaman, biasanya lelaki akan ulangi lagi perbuatan mereka. Sekali curang, memang selamanya akan curang,” tulis netizen.