suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi tuduh menantu curang, ibu mentua gelabah cuba ’rasuah’ cincin emas... Suami minta maaf baru sedar perangai jahat mak sendiri

Hubungan menantu dan mentua sering kali dianggap tidak baik dan kerap bergaduh. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN antara menantu dan ibu mentua sering dianggap tidak sehaluan sehingga ada sahaja perkara yang menimbulkan rasa tak puas hati.

Seorang wanita mendakwa berulang kali menjadi mangsa penghinaan ibu mentua sehingga enggan lagi pulang ke kampung bersama suami bagi mengelak masalah.

Menurut wanita itu, segala-galanya terbongkar selepas anaknya secara tidak sengaja merakam suara ibu mentuanya ketika membuat rakaman suara (voice note).

“Anak balik kampung ikut suami, saya tak ikut. Anak buat voice note, tetapi terdengar suara ibu mentua.

Ibu mentua seharusnya memberi peluang kepada menantu dalam mengurus rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Ibu mentua seharusnya memberi peluang kepada menantu dalam mengurus rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Ibu hampa ni tak balik sebab satgi nak pergi ‘tutoh’ dengan jantan lain tu,” katanya menerusi satu perkongsian.

Wanita itu kemudian menghantar rakaman berkenaan kepada suaminya, sebelum mendakwa menerima 15 panggilan tidak dijawab daripada ibu mentuanya.

"Terus ada 15 missed call daripada mak mentua. Saya terus block. Selamat bergaduh la ye. Sebelum ini suami tak percaya mulut mak dia macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menant

"Sebab tu saya tak mau ikut balik, mulut macam bontot ayam. Terima kasih anak terakam voice note tu. Ini bukan pertama kali dia cakap saya macam itu, sekarang ada bukti," katanya.

Susulan kejadian itu, suaminya pulang dari kampung dengan membawa hidangan udang harimau goreng kunyit iaitu juadah kegemarannya selain sebentuk cincin pemberian ibu mentua.

Namun dia mengakui tidak berselera untuk menjamah juadah tersebut apatah lagi menerima hadiah diberikan.

  • Wanita dakwa dihina ibu mentua selepas enggan pulang ke kampung.
  • Anaknya tidak sengaja merakam suara ibu mentua sebelum rakaman dihantar kepada suami.
  • Dulu suami tidak percaya, kini dia sendiri mendengar rakaman penghinaan itu.
  • Wanita mendakwa menerima 15 panggilan sebelum menyekat nombor ibu mentuanya.
  • Walaupun suami meminta maaf, wanita itu tidak mahu lagi dipaksa pulang ke kampung.

“Tak apalah, tak rasa nak makan sekarang. Cincin itu bukan saiz saya, tengok pun tahu. Bukan ‘taste’ saya, tak lawa,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya turut meminta maaf atas perbuatan ibunya namun hatinya sudah hancur dengan kata-kata wanita itu. 

“Saya sudah malas nak merentan dan sudah malas nak drama, tetapi benda ini saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.

“Jangan paksa-paksa saya balik kampung selepas ini,” katanya. 

Artikel Lain