Ramai pengantin perempuan mengambil khidmat 'bride assistant' untuk memudahkan urusan pada hari bahagia. -Gambar hiasan AI
SEJAK kebelakangan ini semakin ramai bakal pengantin memilih menggunakan perkhidmatan bride assistant (BA) bagi membantu mengurus pelbagai perkara sepanjang hari bahagia mereka.Ini termasuk membantu persiapan pengantin perempuan sehinggalah mengurus keperluan kecil ketika majlis berlangsung agar keadaan tidak menjadi kelam-kabut. Namun di sebalik itu, aspek profesionalisme ketika menjalankan tugas juga perlu dititikberatkan apabila melibatkan interaksi antara BA dan mempelai.Di Threads, hantaran seorang individu mencuri tumpuan apabila dia berkongsi mengenai tindakan seorang BA wanita yang didakwa tidak profesional selain menjaga batas pergaulan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkilan ‘dipalau’ BFF, tak guna hantar jemputan majlis tunang lima bulan awal - “Masa mereka kahwin saya selalu ada”ARTIKEL BERKAITAN: Merana di hari bahagia... Pengantin perempuan dikejarkan ke hospital, ‘glitter’ alat solek masuk mata!Perkara itu sekali gus membuatkan pengantin perempuan berasa kurang senang dan ia sedikit sebanyak menganggu perjalanan majlis."Sejak bila bride assistant perempuan boleh lap-lap peluh pengantin lelaki?"Awak boleh beri tisu kepada pengantin perempuan untuk bantu lapkan... Orang tu dah jadi laki dia," katanya.Menurut individu itu, teguran tersebut dibuat kerana menganggap tindakan bride assistant berkenaan bukan saja tidak manis, malah melanggar batas pergaulan antara individu bukan mahram. Tugas seorang 'bride assistant' lazimnya akan membantu urusan persiapan pengantin perempuan. -Gambar hiasan AI"Ya, kita tegur. Saya tidak kisah. Benda yang tidak betul, kita akan tegur," ujarnya sambil menambah, insiden itu berlaku di majlis perkahwinan ahli keluarganya.Dia turut mendakwa BA berkenaan kemudian mengadu kepada majikannya selepas ditegur."Terus dia mengadu kepada bos dia. Kisah pula kalau mahu mengadu. Kalau benda itu tidak betul, memang perlu ditegur," katanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan sebahagiannya menyokong tindakan individu itu menegur bride assistant berkenaan. Seorang wanita menegur tindakan bride assistant (BA) yang didakwa mengelap peluh pengantin lelaki ketika majlis berlangsung.Wanita itu berpendapat BA sepatutnya menyerahkan tisu kepada pengantin perempuan kerana pengantin lelaki bukan mahramnya.Dia berkata teguran dibuat kerana menganggap tindakan tersebut tidak manis dan melanggar batas pergaulan.Wanita itu turut mendakwa BA berkenaan mengadu kepada majikannya selepas ditegur.Ramai netizen menyokong teguran itu dan berpandangan batas pergaulan perlu dijaga walaupun atas urusan kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIBagi mereka, apa jua niat meskipun atas tuntutan tugas tidak menghalalkan cara kerana menjaga batas pergaulan adalah salah satu perkara tidak boleh dipandang ringan dalam agama Islam."Ada ke pergi lap peluh laki orang... tak malu ke? Nama pun bride assistant, bukan groom assistant."Kalau aku jd BA, tak kuasa aku lapkan groom sebab aku dibayar untuk bride aje. "Dah kenapa tetiba jadi groom assistant? Melebih pulak," demikian antara komen netizen.