HARAPAN seorang wanita untuk bergelar isteri kini seakan-akan menemui jalan buntu apabila teman lelakinya didakwa terus berdolak-dalik meskipun dirinya kini sedang hamil tujuh minggu.Menurut wanita berusia 32 tahun itu, mereka sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin sama ada pada Ogos atau Oktober tahun ini sebelum dia disahkan mengandung. Bagaimanapun, selepas mengetahui kehamilan tersebut, dia merayu agar majlis perkahwinan dipercepatkan pada Ogos demi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.Katanya, pada mulanya teman lelakinya yang berusia 36 tahun itu bersetuju, namun pendiriannya sering berubah-ubah sehingga membuatkan dia semakin tertekan.Hamil sebelum berkahwin boleh mengundang pelbagai masalah pada masa depan. -Gambar hiasan AI"Dia belum pergi kursus kahwin. Dia jadikan itu alasan tak nak kahwin dengan saya."Mula-mula dia setuju tapi hati dia berbolak balik. Kejap cakap macam ini, kejap macam tu. Dia tak ada pendirian, bila jadi macam ini masih main tarik tali."Lepas satu, satu alasan dia bagi. Saya penat. Segala dokumen perkahwinan dari pihak saya dah bagi dekat dia."Sekarang tinggal dari pihak dia saja. Lagi red flag bila dia kata dah bagitahu famili dia tentang saya hamil dan mereka okey boleh terima saya jadi saya anggap dia serius bukan main-main," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil terlepas hukuman gantung... Hakim ambil kira faktor umurARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu nak kongsi berita hamil... Anggap ada individu akan fikir ‘jauh’, berimaginasi aksi ‘bersama’ suamiWanita itu mengakui semakin penat berdepan sikap kekasihnya memandangkan usia kandungan semakin meningkat dan masa terus berlalu.Katanya, dia tidak putus berdoa, melakukan solat taubat, istikharah, hajat dan tahajud selain berzikir bagi memohon petunjuk, namun masih belum menemui jalan penyelesaian."Tak pernah terfikir nak post benda macam ni dekat media sosial tapi ni kira cara terakhir saya. Sekarang saya buntu, apa patut saya buat. Saya tak kuat."Saya tak kuat. Bukan mudah untuk saya hadap benda ini sorang-sorang. Saya memang lone ranger. Tiada kawan, tiada sesiapa," ceritanya lagi.Wanita hamil buntu apabila teman lelaki masih berdolak-dalik soal perkahwinan.Lelaki itu didakwa sering memberi alasan walaupun pernah berjanji untuk berkahwin.Dokumen sudah siap, namun pihak lelaki masih belum melengkapkan urusan perkahwinan.Wanita itu risau memikirkan masa depan bayi dalam kandungan dan tidak tahu jalan penyelesaian.Bimbang kecewakan bapa sendiri dan buntu tiada tempat mengadu.Ringkasan ini dijana oleh AITambah wanita itu, dia tidak mempunyai tempat bergantung selain bapanya dan seorang adik orang kurang upaya (OKU) lembam, manakala ibunya pula meninggal dunia seminggu sebelum Aidilfitri lalu."Saya tak nak abah kecewa dengan saya. Saya fikir macam-macam... masa depan bayi ini macam mana," luahnya yang buntu dengan sikap teman lelakinya ini.Sebagai peringatan, zina merupakan dosa besar diharamkan dalam Islam, tanpa mengira sama ada ia menyebabkan kehamilan atau tidak. Umat Islam wajib menjauhi perbuatan yang dilarang Allah SWT serta memelihara maruah dan kehormatan diri.