suria

Wanita malu nak kongsi berita hamil... Anggap ada individu akan fikir ‘jauh’, berimaginasi aksi ‘bersama’ suami

Segelintir wanita malu apabila rakan sekerja tahu mereka sedang hamil. -Gambar hiasan AI (kanan)

BERITA tentang kehamilan bukan sahaja membawa kegembiraan kepada pasangan, malah menjadi momen istimewa untuk ahli keluarga dan rakan terdekat.

Di Thread, seorang wanita berkata dia berdepan situasi sebaliknya apabila sering berasa malu setiap kali berbadan dua kerana perlu memaklumkan khabar itu rakan sekerja.

"Aku setiap kali mengandung, mesti rasa malu nak cakap dekat kawan-kawan pejabat atau bos. Tapi terpaksa beritahu juga, sebab nanti ada temu janji klinik.

Lelaki dan wanita perlu menjaga batas pergaulan ketika berada di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

"Maka berita tu tetap akan sampai ke unit lain dan bermakna satu pejabat tahu. Bila ada rakan sekerja lelaki tanya, aku rasa malu gila nak mengaku. Padahal hubungan dah halal dengan suami.

"Rasa macam orang tahulah kita dah 'bersama' dengan suami. Aku je ke rasa macam tu? Itu belum lagi ada yang cakap saya subur, padahal jarak anak dah empat tahun. Bukan setiap tahun mengandung," tulis wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya kaum Hawa yang turut mengalami situasi sama setiap kali mereka berbadan dua.

  • Seorang wanita berkata dia malu apabila disahkan sedang berbadan dua.
  • Dia bimbang dan segan memikirkan pandangan orang, terutamanya rakan sekerja lelaki.
  • Seorang lagi wanita di ruangan komen berkata dia turut berdepan situasi sama.
  • Namun ramai netizen menasihati mereka agar tidak bimbang dengan tanggapan orang.

Menurut seorang lagi wanita, dia pula malu untuk memberitahu khabar gembira tentang kehamilannya itu kepada ahli keluarga.

"Saya pun sama masa anak pertama dulu. Saya fikir macam tu. Malu nak beritahu mak ayah yang kita mengandung. Secara tak langsung, kita beritahu yang kita dah 'buat' dengan suami.

"Tapi sekarang dah lima kali mengandung. Saya dah tak peduli. Bila mengandung saya tak beritahu kawan pejabat. Mereka tengok baju kurung ketat kat perut tu, mereka faham la," kongsinya pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerap guna aircond 'sentap' suami beritahu bil elektrik 'naik', sanggup tidur berpeluh! Dalam hati mengaku rasa bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil 5 bulan risau suami boros, tiada wang simpanan! Nafsu makan kuat, 'melantak' sampai nak pecah perut

Beberapa pelayar Thread turut memberi nasihat kepada kaum Hawa agar tidak malu untuk berkongsi berita kehamilan mereka.

"Tak payah segan, ini benda normal. Soalan berapa minggu hamil, bila tarikh bersalin tu adalah benda biasa. Minta doa mereka supaya kita bersalin dalam keadaan baik.

"Tak perlu segan atau malu, malu, kerana ovulasi adalah bukti betapa hebatnya sistem biologi manusia. Ia adalah proses semula jadi yang menunjukkan tubuh kita berfungsi dengan sihat dan seimbang," antara komen netizen lagi.

Artikel Lain