SEORANG wanita meluahkan apa yang terbuku di hati selepas berbual ringkas dengan suaminya mengenai bil elektrik yang mencecah RM300.Ketika itu, dia yang sedang hamil kerap menggunakan penyaman udara kerana tidak sering berasa kepanasan. Menurutnya, disebabkan terdapat peningkatan, suami memaklumkan tentang jumlah bil kepadanya namun kata-kata lelaki itu membuatkan dia berasa bersalah."Suami cakap bil bulan ni nak dekat RM300 tapi nada dia sekadar nak beritahu je. Masa tu saya mengandung dan sangatlah panas setiap masa buka aircond.Penggunaan 'aircond' akan menyumbang kepada peningkatan kepada bil elektrik. -Gambar hiasan"Lepas dia cakap tu saya terus tidur berpeluh, jadi suami tanya kenapa tak buka aircond, tidur dalam peluh-peluh ni? Saya cakap la hari tu kan cakap bil mahal."Saya takut sampai pula bil RM300. Suami cakap dia tak marah pun kalau bil sampai RM1,000. Nak buat macam mana, bayar saja la," cerita wanita berkenaan.Bagaimanapun katanya, sejak dimaklumkan tentang jumlah bil mencecah RM300 dia sudah tidak lagi bertanya atau mengambil tahu mengenai jumlah bil elektrik bulanan. Bukan kerana merajuk, sebaliknya timbul rasa bersalah dalam diri kerana faham bukan mudah untuk suami mencari wang bagi menyara dirinya dan keluarga."Sejak dari tu dah tak dengar berapa bil api, sebenarnya bukan merajuk cuma seriously rasa bersalah, bukan senang nak dapat duit wey," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah 2 tingkat, ada aircond tapi bil elektrik bulanan bawah RM150... Anak-anak banyak bantu pensyarah berjimatARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih ragu penapis air punca bil elektrik mencanak... juruteknik beri hujah, ejen pula susah hati - “Penghuni tak ada, berhantukah rumahku?”Perkongsiannya itu turut menerima beberapa kecaman daripada netizen yang mempertikaikan fungsi sebagai isteri dan dia tampil menjelaskan tanggungjawab serta peranannya."Untuk lelaki-lelaki bebal yang merentan dekat sini... saya beli kereta dan motosikal untuk suami. Saya yang bayar pinjaman."Jadi tak perlu merentan kononnya cakap saya ni 'bini tak function' (tidak membantu suami). Dia bayar bil api (elektrik) tu sebab nafkah utama.Wanita terasa hati apabila suami memaklumkan bil elektrik hampir RM300 ketika dia hamil.Walaupun tidak dimarahi, dia berasa bersalah kerana anggap menjadi punca bil naik mencanak.Sejak itu, dia tidak lagi menyebut tentang jumlah bil elektrik.Dia menegaskan suaminya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan pandangan netizen.Ringkasan ini dijana oleh AI"Termasuk juga menyediakan tempat tinggal yang selesa," ujarnya mempertahankan diri.Dalam pada itu ada juga netizen yang memahami situasi dilalui wanita berkenaan dan berkongsi pengalaman masing-masing berdepan isu sama."Kalau suami saya cakap bil tinggi, saya buat tak dengar. Habis tu saya nak buat apa? Ada masa bumi ni panas sampai berpeluh jantan, ada masa sejuk sangat."Suami kalau dia beritahu bil api bulan ni berapa... saya buat-buat kira sekali. Apa yang buat bil jadi tinggi semua, lepas tu teruskan hidup macam biasa," komen beberapa netizen.