suria

Jijik tengok bapa rakan! Poligami walau gaji RM2,000, anak pula 'berderet' - "Bilik-bilik dipisah guna langsir"

Kebajikan anak-anak perlu diutamakan oleh ibu bapa. -Gambar hiasan AI

MENYAKSIKAN kesengsaraan rakan yang hidup dalam keluarga berpoligami membuatkan wanita ini benci pada golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Dia seolah-olah menyifatkan lelaki terbabit lebih mengutamakan nafsu untuk berpoligami tanpa memikirkan kebajikan zuriat sedia ada.

"Saya jijik bapa-bapa yang nak poligami tapi anak terbiar," luahnya di laman Thread.

Kanak-kanak yang kurang kasih sayang cenderung alami masalah kemurungan. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak yang kurang kasih sayang cenderung alami masalah kemurungan. -Gambar hiasan AI

Mengimbau kembali memori ketika menuntut di sebuah pusat tahfiz pada usia 11 tahun, wanita ini berkata dia menyaksikan sendiri penderitaan salah seorang rakan yang merupakan anak kepada lelaki beristeri dua.

Menurutnya, bapa rakannya itu hanya bekerja sebagai seorang juruteknik dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Namun begitu dia mempunyai jumlah tanggungan yang tinggi disebabkan isi rumah yang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikhianati mentua, tergamak sokong suami tambah ‘cawangan’ - “Entah apa perempuan tu ‘tabur’ dekat mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa didik anak lelaki cari isteri sanggup berpoligami, tak tayang diri di media sosial - “Pilih yang kuat dan reda”

"Bapa dia kerja technician gaji RM2,000 macam tu, tapi anak dengan isteri pertama saja sudah enam orang. 

"Dah kahwin dua, mestilah isteri kedua pun beranak ramai juga," luahnya.

Lebih menyedihkan apabila rakannya terpaksa hidup dalam keadaan daif dan tidak mempunyai privasi apabila bilik-bilik di rumahnya cuma dipisahkan menggunakan langsir.

  • Wanita benci lelaki poligami yang abaikan anak.
  • Trauma lihat rakan hidup susah dalam keluarga berpoligami.
  • Bapa gaji kecil, tanggungan terlalu ramai.
  • Rumah sempit, isteri bersaing, anak kurang kasih sayang.
  • Netizen setuju, poligami perlu mampu kewangan dan mental.

Bukan itu sahaja, keadaan rumah tangga tersebut digambarkan sangat toksik apabila isteri pertama dan kedua sentiasa bersaing sesama sendiri.

"Dekat rumah partition bilik pakai langsir. Mak nombor satu dan dua bersaing nak nafkah, barang sama banyak.

"Anak-anak pula kurang kasih sayang," tambahnya yang memahami keadaan rakannya ketika itu.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Menurut wanita ini lagi, meskipun ketika itu usianya muda dia percaya bapa rakannya menyesali kesilapan yang dilakukan.

"Aku rasa bapa dia pun sedar kesilapan tu, tapi tu la, dah terkahwin," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita tersebut dan menegaskan bahawa poligami menuntut kemampuan kewangan serta ketahanan mental yang tinggi.

"Suami aku kena sedar diri kalau dia nak kahwin dua sebab aku akan suruh anak-anak ikut giliran abah dia.

"Tak semua lelaki boleh menjadi ayah, lelaki macam ni hanya cari orang gaji manakala anak-anak dijadikan pelaburan pada masa hadapan.

"Kesian anak-anak yang jadi mangsa, selalunya yang miskinlah ramai anak dan terbiar," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain