suria

Wanita dikhianati mentua, tergamak sokong suami tambah ‘cawangan’ - “Entah apa perempuan tu ‘tabur’ dekat mereka”

Tidak dinafikan ada segelintir keluarga yang melayan menantu perempuan seperti orang luar. -Gambar hiasan AI

TIADA seorang wanita pun sanggup dikhianati pasangan yang selama ini dipercayai sepenuhnya.

Lebih pedih, pengkhianatan itu bukan sahaja datang daripada suami, malah mendapat sokongan daripada keluarga mentua yang selama ini dianggap seperti keluarga sendiri. 

Itulah situasi dialami seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih apabila suaminya mempunyai hubungan sulit dan bercadang untuk berkahwin dengan calon lebih muda, malah mendapat 'restu' daripada mentua.

Lelaki yang memilih untuk berpoligami perlu bersikap adil terhadap isteri-isterinya. -Gambar hiasan

"Tahu tak apa paling terluka? Selama 10 tahun kahwin, kau anggap keluarga mentua seperti keluarga sendiri, layan macam keluarga sendiri, jaga mak ayah mentua waktu mereka sakit.

"Tapi akhirnya apa? Akhirnya apabila laki kau berskandal dan rancang nak kahwin dengan skandal dia, seluruh keluarga mentua tahu dan sokong je. Siap cakap suruh buat kawan dengan skandal suami. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berpoligami kongsi cara isteri nak kesan suami kahwin dua! Rupanya ada perubahan ketara bila ‘atas katil’

"Mereka cakap skandal suami aku tu okay je, baik," tulisnya dalam perkongsian di Threads. 

Menurut wanita berkenaan, bakal madunya itu merupakan seorang gadis berusia 20 tahun, iaitu 12 tahun lebih muda daripadanya dan suami.

Ibarat habis madu sepah dibuang, wanita tersebut hanya mampu berdoa agar keluarga mentua mendapat balasan atas kesakitan yang dirasainya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa sedihdikhianati pasangan yang dipercayai sepenuhnya.

  • Suami berlaku curang dan merancang berkahwin dengan wanita jauh lebih muda.

  • Lebih menyakitkan, keluarga mentua memberi restu dan menyokong hubungan itu.

  • Wanita tersebut kecewa selepas 10 tahun berbakti dan menjaga mentua.

  • Netizen memberi sokongan serta mengingatkan agar tidak terlalu berkorban untuk orang lain.

Ringkasan ini dijana oleh AI

"Tak tahulah apa yang skandal suami 'tabur' dekat mereka, semua sokong sangat budak perempuan tu.

"Tak pernah rasa sesakit ni. Sekarang hanya mampu doa supaya Allah balikkan semula semua rasa sakit ni pada mereka," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata semangat terhadap wanita berkenaan malah ada yang berkongsi pengalaman dengan mentua masing-masing.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Pengajarannya, tolong apa yang mampu je. Tak payah all out untuk orang lain. Anak dia curang pun mati hidup balik dia takkan menangkan sis.  

"Tak apa sis, doa je semoga dapat mentua yang baru nanti. Rapat macam mana pun, kita tetap orang luar.

"Tak lama nanti balasan Allah pasti tiba kerana tak reti bersyukur, lagi satu kerana menzalimi orang lain," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain